1News Online:
Home » , , » Sukan - Wenger gembira Wilshere kembali

Sukan - Wenger gembira Wilshere kembali

Monday, October 29, 2012 | 12:56 AM

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendedahkan beliau tidak memberitahu Jack Wilshere beliau akan bermain di perlawanan menentang QPR semalam.

Penampilan terakhir Wilshere di liga adalah di hari terakhir dua musim yang lalu dan beliau tidak beraksi di seluruh musim lepas dengan kecederaan lutut, yang juga telah menyebabkan beliau tidak dapat bermain di Euro 2012 dan Sukan Olimpik London.
Penampilan pertama Wilshere musim ini disambut dengan meriah oleh para penyokong Arsenal dan beliau berjaya beraksi selama 67 minit, dengan jaringan kemenangan Mikel Arteta memastikan ia satu perlawanan yang penuh dengan positif untuk Wenger.
"Saya membuat keputusan itu tanpa memberitahunya kerana apabila anda tidak beraksi di jangka masa yang lama, tidak mudah untuk anda dan akan ada tekanan," kata Wenger.
"Saya hanya memberitahunya pada jam 10.30 pagi hari ini [Sabtu]. Kadangkala saya rasa lebih baik jika anda tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentangnya selepas anda cedera lama.
"Saya juga merasakan keyakinan pasukan agak rendah selepas kami kalah dua perlawanan yang lalu dan seorang pemain yang berpengalaman dan berkualiti boleh memberangsangkan mereka."
Wenger puas dengan sumbangan Wilshere di perlawnaan itu, memandangkan beliau menghadapi pemain-pemain seperti Samba Diakite dan Esteban Granero.
"Anda boleh lihat dari segi teknikal, beliau bermain dengan baik dan beliau telah memberikan yang terbaik," kata Wenger.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger