1News Online:
Home » » 13 Presiden Mendiami The White House Sejak Perang Dunia Ke-II

13 Presiden Mendiami The White House Sejak Perang Dunia Ke-II

Monday, November 5, 2012 | 11:11 PM


WASHINGTON: Seramai 13 orang presiden - tujuh mewakili Parti Demokrat manakala enam lagi Republikan telah mendiami the White House sejak Perang Dunia Ke-2.
White House adalah kediaman dan sekaligus pejabat rasmi setiap presiden negara berkenaan.
Berikut adalah senarai presiden-presiden Amerika sejak dari Perang Dunia Ke-2 sehingga sekarang;
> 1932-1945: Franklin Roosevelt (Demokrat). Juga mencatat sejarah kerana dipilih untuk kali yang keempat pada tahun 1940. Selepas itu Amerika meminda perlembagaannya yang membenarkan seorang presiden berkhidmat tidak melebihi dua penggal berturut-turut pada tahun 1951. Roosevelt meninggal dunia pada 12 April 1945, tidak sampai sebulan sebelum berakhirnya perang.
> 1945-1952: Harry Truman (Demokrat)Sebagai naib presiden, beliau secara automatik mengambil tempat Roosevelt dan kemudian terpilih semula dalam pemilihan tahun 1948.
> 1952-1960: Dwight Eisenhower (Republikan).
> 1960-1963: John F. Kennedy (Demokrat). Terbunuh di Dallas pada 22 November 1963.
> 1963-1968: Lyndon Johnson (Democrat). Sebagai naib presiden, beliau mengambilalih pemerintahan pada tahun 1963 selepas Kennedy ditembak mati dan kemudian terpilih sebagai presiden dalam pilihan raya 1964.
> 1968-1974: Richard Nixon (Republikan). Terpilih untuk penggal kedua pada 1972. Bagaimanapun beliau meletakkan jawatan pada 1974 selepas skandal Watergate.
> 1974-1976: Gerald Ford (Republikan). Sebagai naib presiden, beliau mengantikan Nixon selepas peletakan jawatannya. Sehingga ke hari ini beliau adalah satu-satunya naib presiden yang gagal dalam percubaan untuk menjadi presiden secara 'sah' selepas percubaannya pada tahun 1976 gagal ditangan Jimmy Carter.
> 1976-1980: Jimmy Carter (Demokrat).
> 1980-1988: Ronald Reagan (Republikan).
> 1988-1992: George Bush (Republikan).
> 1992-2000: Bill Clinton (Demokrat). Clinton adalah satu-satunya wakil Parti Demokrat yang berjaya berkhidmat selama dua penggal selepas era Perang Dunia. Obama kini mencuba untuk menjadi calon Demokrat yang kedua berbuat demikian.
> 2000-2008: George W. Bush (Republikan).
> 2008 - 2012: Barack Obama (Demokrat).
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger