1News Online:
Home » , , » Adakah City terkeluar dari saingan Liga Juara-juara?

Adakah City terkeluar dari saingan Liga Juara-juara?

Wednesday, November 7, 2012 | 3:33 PM


Manchester City telah berjuang kembali dari dibolos dan merampas mata dari Ajax dengan keputusan seri 2-2.

Yaya Toure dan Sergio Aguero telah membantu City menyamakan kedudukan dengan jaringan mereka dalam Kumpulan D dan mengekalkan tempat dalam Liga Juara-Juara.
Siem de Jong, yang telah menjaringkan gol dalam pertemuan sebelum ini, telah menyumbang dua gol untuk pasukan pelawat dalam 17 minit pertama dalam perlawanan.
Keputusan ini bermakna City mempunyai dua mata dari empat perlawanan dan harus mendapat enam mata dalam dua perlawanan seterusnya serta harap yang saingan mereka kalah.
City telah mulakan perlawanan dengan gerakan serangan yang baik demi menebus kekalahan 3-1 di Holland dalam pertemuan sebelum ini.
Mereka hampir-hampir membuka tirai apabila Gareth Barry memberi hantaran tepat kepada Pablo Zabaleta tetapi rembatannya terlalu tinggu.
Ajax membalas dengan Niklas Moisander yang memesong tendangan sudut Christian Eriksen untuk De Jong menyepak masuk gol pertama pada minit ke 10.
Tujuh minit kemudian, De Jong menanduk masuk hantaran Eriksen untuk gol kedua pasukan pelawat.
Mario Balotelli kemudian disertakan dalam usaha City memburu gol tetapi di babak kedua dan menggantikan Garcia.
Beberapa minit kemudian, Toure berjaya menjaringkan gol pertama untuk City apabila merampas bola dari Alderweireld dengan dada beliau sebelum memberi renbatan kencang.
Sekali lagi City bermula dengan serangan yang baik tetapi Aguero terjatuh sebelum mampu mencipta peluang dari posisi yang baik.
De Jong sentiasa mengancam dengan kehadiran beliau dalam gerakan serangan balas Ajax dan penjaga gol Joe Hart menghalang De Jong dari meraih hatrik apabila menepis percubaannya keluar.
Balotelli kemudian mencipta peluang apabila menanduk bola kepada Aguero yang berjaya merembat gol penyamaan lepas Vermeer.
Pada minit ke 88, City hampir merampas kemenangan dengan percubaan Aguero tetapi pengadil memberi isyarat ofsaid.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger