1News Online:
Home » , , » Aguero ingin tewaskan Real

Aguero ingin tewaskan Real

Tuesday, November 20, 2012 | 12:47 PM


Sergio Aguero bertekad untuk menewaskan pasukan Real Madrid dalam perlawanan akan datang.

Pemain antarabangsa Argentina itu menghabiskan masa tempoh lima tahun di pasukan Atletico Madrid dengan 74 gol dalam 175 perlawanan dan walaupun beberapa jaringan beliau tiba dalam perlawanan menentang pasukan Galacticos, ia tidak mampu membuahkan hasil.
Kini, Aguero bertekad ingin menghentikan kemarau kemenangan untuk mengekalkan harapan tipis Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara.
"Ia sentiasa hebat untuk bermain menentang Real Madrid," beliau berkata.
"Sudah tentu, bekas penampilan saya di Atletico Madrid merupakan sebuah kelebihan dan saya bertekad untuk memenangi perlawanan ini.
"Saya kesal kerana tidak mampu menewaskan Real ketika di Atletico - Atletico tidak pernah meraih kemenangan ke atas pasukan itu selama beberapa tahun - tetapi saya pernah menjaringkan gol walaupun kami tidak menang.
"Saya mengharapkan bahawa perlawanan malam Rabu akan musnahkan rekod kemenangan itu untuk saya.
Manchester City sedang berada di tempat terakhir dalam Kumpulan D dengan dua mata. City harus menewaskan Real untuk mengelak penyingkiran awal dari peringkat kumpulan seperti musim lalu. Mereka bakal bertemu Borrusia Dortmund sekiranya mereka menyerlah di Staidum Etihad.
"Kami tidak patut berputus asa! Sudah tentu ia akan menjadi lebih sukar kerana kami tidak boleh hanya bergantung kepada prestasi pasukan tetapi juga kepada keputusan oleh pasukan lain.
"Kami harus meraih kemenangan. Tidak mementingkan keputusan akhir, kami ingin menonjolkan kemampuan pasukan di atas padang. "
"Kami adalah sebuah pasukan yang hebat dan sudah tiba masanya kami bermain seperti itu. Kami tidak mampu kesal meninggalkan padang dan sedar bahawa kami telah berjuang sedaya upaya dalam perlawanan. "
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger