1News Online:
Home » » Ameng Spring Juarai Pertandingan Nasyid Dalam Penjara

Ameng Spring Juarai Pertandingan Nasyid Dalam Penjara

Saturday, November 24, 2012 | 10:07 PM


Dihukum penjara bukan alasan untuk berputus asa. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh penyanyi, Ameng Spring yang kini sedang menghabiskan hukuman penjara selama 8 tahun 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.

Menurut laporan Kosmo! hari ini, Ameng dan kumpulan nasyidnya, “Voices Of Prison” berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 yang berlangsung di Penjara Pengkalan Chepa.

Ameng ketika ditemubual memberitahu tidak menyangka bahawa mereka mampu menjuarai pertandingan kerana tahun lepas penjara yang dihuninya hanya memegang tempat ketiga.

“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid.”

Untuk pengetahuan, tempat kedua pertandingan ini dipegang oleh Penjara Kajang, Selangor. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Sekolah Henry Gurney, Melaka.
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

November 25, 2012 at 5:51 AM

Penjara 8 tahun dan 10 sebatan tu..lamanya..

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger