1News Online:
Home » , , » Apa Kata Andy Cole Tentang Rooney-Van Persie?

Apa Kata Andy Cole Tentang Rooney-Van Persie?

Monday, November 5, 2012 | 10:07 AM


Pada akhir 90-an, Manchester United pernah mempunyai duo penyerang bernama Andy Cole dan Dwight Yorke. Kini, MU punya Wayne Rooney dan Robin van Persie. Apa kata Cole tentang Rooney dan Van Persie?

Cole dan Yorke adalah duo sehati. Meskipun, pada awalnya, Yorke - pada ketika itu baru di beli dari Aston Villa - diduetkan bersama Ole Gunnar Solskjaer oleh Sir Alex Ferguson. Duo Cole-Yorke jadi serasi dengan kerjasama mereka di akhir musim 1998/1999, MU berjaya merangkul gelaran juara Premier League, Piala FA, dan Liga Champions.

Ada kenangan di mana Cole dan Yorke menunjukkan betapa hebatnya duo mereka. Salah satunya adalah di mana mereka melakukan satu-dua di depan pertahanan Barcelona dan berjaya menghasilkan gol. Pada perlawanan di Camp Nou itu, perlawanan berakhir seri.

Kini, MU mempunyai Rooney dan Van Persie. Tak boleh disangkal lagi, dengan Rooney kerap digandingkan untuk menyokong Van Persie.

Rooney kerap turun ke tengah untuk membantu membuat serangan. Dia mengaku, peranan barunya itu cukup mengujakan kerana membuatnya lebih banyak terlibat dalam permainan.

Namun, Cole tidak setuju jika Rooney dilihat bermain sebagai pemain tengah. Lelaki 41 tahun itu menyebut Rooney lebih tepat dengan menyokong Van Persie, meskipun bermain sebagai duo di barisan depan. Setakat ini, dia menyebut bahawa duo itu tampil ok dengan Rooney mepunyai cukup  piawaian memainkan peranan barunya.

"Saya tidak mahu bercakap bahawa dia kini mendapat tugas sebagai pemain tengah. Dengan melihat formasinya," ujar Cole dalam sesi wawancara di Kuningan Village, Jakarta, Minggu (4/11/2012).

Saya fikir, dia lebih bermain di belakang (Robin) Van Persie. Atau bermain bersama dengan Van Persie di depan. Tapi, Wayne menyesuaikan diri dengan baik dengan tugasnya itu, "tambahnya.

Di samping itu, Cole juga menyentuh bahawa peranan penyerang tengah masa kini sudah berbeza. Tidak seperti pada masa ketika dirinya bermain dulu. Mirip Rooney, penyerang tengah masa kini tidak hanya dituntut untuk melakukan gol.

"Segalanya sudah berubah. Jadi, betul, tugas penyerang tengah pun sudah berubah. Penyerang tengah kini dituntut untuk tidak hanya menjaringkan gol. Tapi, seperti itulah permainan sekarang."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger