1News Online:
Home » , , » Arsenal kurang keinginan

Arsenal kurang keinginan

Tuesday, November 6, 2012 | 11:58 AM


Bekas penyerang England Alan Shearer meragukan keinginan Arsenal untuk kekal sebagai salah satu pasukan teratas setelah beberapa kekalahan berturut-turut.

Arsenal telah mendapat kekalahan ke tiga mereka pada musim ini setelah dibenam 2-1 oleh Manchester United pada hujung minggu yang lalu dan kini berada di tempat ke enam dalam kedudukan liga di bawah Everton dan Tottenham.
Shearer yang telah menjuarai Liga Perdana bersama Blackburn pada tahun 1995, menyatakan bahawa peninggalan beberapa pemain bintang terbukti salah satu sebab kekurangan keyakinan dalam pasukan yang turut menyebabkan Arsenal kecundang dari kekal sebagai salah satu pasukan teratas Liga Perdana beberapa tahun yang lalu.
"Pasukan manakah di Eropah yang akan kekal dengan pengurus yang tidak pernah memenangi trofi dalam lebih kurang tujuh tahun? Adakah Arsenal ingin kekal dalam kategori itu?" beliau berkata kepada The Sun.
"Saya berpendapat bahawa pasukan telah membenarkan pemain terbaik meninggalkan pasukan terlalu mudah - dan itu amat membimbangkan.
"Pemain seperti (Robin) Van Persie, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Gael Clichy, Kolo Toure dan besar kemungkinan, Theo Walcott juga. Jika pasukan mampu berjaya, mereka tidak akan memikir untuk meninggalkan pasukan. Itu adalah masalah terbesar kami. Ia turut dijangka bahawa pasukan Arsenal tidak akan berubah dalam masa terdekat.
"Arsenal kini tidak dipertimbangkan oleh pasukan lain sebagai musuh sengit."
Shearer memandingkan pemikiran Sir Alex Ferguson yang pernah melalui beberapa musim sukar tanpa trofi dan Arsene Wenger yang pernah memenangi trofi pada tahun 2005 di mana Arsenal telah menewaskan United dalam saingan Piala FA.
"Alex Ferguson telah melalui kebuntuan trofi selama tiga musim antara 2003 dan 2007." bekas penyerang Newcastle itu menambah.
"Ramai orang telah meragukan kebolehan beliau sesaat itu tetapi beliau mampu bangkit semula dengan menubuhkan pasukan yang kuat menguasai perlawanan.
"Anda boleh berhujah bahawa pasukan Manchester United tidak boleh dibandingkan dengan pasukan lama pada tahun 1991-2001 atau 2008 di mana Cristiano Ronaldo masih bermain untuk pasukan. Manchester United telah kuat mengekalkan keinginan unutuk meraih kemenangan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger