1News Online:
Home » , , » Arsenal mahu kekalkan Walcott

Arsenal mahu kekalkan Walcott

Friday, November 9, 2012 | 5:38 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger menegaskan bahawa pasukan sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan Theo Walcott di Emirates Stadium.

Wenger turut menyatakan bahawa perundingan kontrak Walcott perlu diselesaikan sejurus sebelum akhir tahun. Penyerang England itu telah menjaringkan lapan gol dalam musim ini termasuk gol pembukaan tirai dalam keputusan seri bersama Schalke baru-baru ini.
Pemain yang berumur 23 tahun itu jarang disertakan dalam kesebelasan pasukan dan telah diletakkan di bangku simpanan sepanjang musim ini.
Kontrak beliau bakal berakhir pada musim panas seterusnya dan kededua pihak sedang berunding kontrak baru untuk menyelesaikan masalah bayaran gaji dan peluang untuk bermain di posisi tengah kubu serangan yang dicadangkan oleh Walcott.
Jika perjanjian tidak ditetapkan sebelum bulan Januari, Walcott boleh menerima kontrak baru bersama pasukan lain atau meninggalkan pasukan dengan percuma.
Walaupun Wenger lebih suka jika situasi tidak berakhir begitu, pengurus Arsenal itu juga menegaskan bahawa permintaan pemain itu harus terhad.
"Saya ingin mengekalkan Theo dalam pasukan. Kami akan melakukan apa sahaja untuk menyimpan beliau dan akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, lebih baik sebelum akhir bulan Disember. Itu sudah pasti," Wenger berkata.
Pengurus Gunners itu telah ke Hospital Great Ormond Street pada hari Khamis bersama Jack Wilshere dan Carl Jenkinson untuk meraih pembukaan pusat rawatan Arsenal terbaru.
Beliau bertambah: "Saya tidak akan menyatakan apa-apa lagi tentang kontrak beliau tetapi anda boleh yakin bahawa kami sedang berusaha sedaya upadaya untuk mengekalkan pemain terbaik 
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger