1News Online:
Home » , , » Arsenal sasar mata maksimum

Arsenal sasar mata maksimum

Tuesday, November 6, 2012 | 4:54 PM

Pemain pertahanan Arsenal Bacary Sagna sasar mata maksimum dalam baki perlawanan Liga Juara-Juara sementara pasukan memperbaiki prestasi yang lemah.

Pasukan Gunners akan bertemu ketua Kumpulan B Schalke malam ini setelah mengalami kekalahan 2-0 di padang sendiri kepada pasukan Jerman itu.
Kekalahan itu turut menjadi salah satu keputusan lemah berturut-turut untuk pasukan Arsene Wenger pada musim ini namun, mereka mampu menguasai kumpulan Eropah itu dengan pungutan tiga mata di Arena Veltins malam ini (Selasa).
"Kami adalah pemain bola sepak profesional yang ingin mendapat tempat pertama," Sagna berkata.
"Kami harus mendapatkan mata maksimum dalam baki perlawanan dan ia merupakan sasaran pada masa ini.
"Setiap pasukan tampil hebat dalam pertandingan. Jadi kami harus lebih fokus kepada pasukan dan kerap berjuang sepanjang perlawanan."
Perlawanan itu juga akan menjadi penampilan pertama Sagna dalam saingan Liga Juara-Juara sejak menemui AC Milan pada bulan Mac.
Pemain antarabangsa Perancis itu telah dikecualikan pada awal musim akibat kecederaan patah kaki lalu digantikan oleh Carl Jenkinson di tempat perthanan bek kanan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger