1News Online:
Home » , , » Ashley Cole bakal sertai PSG

Ashley Cole bakal sertai PSG

Tuesday, November 13, 2012 | 10:03 AM



LONDON - Ashley Cole akan ke Paris Saint-Germain pada hujung musim ini, kata ibu pemain itu.

Cole gagal mencapai persetujuan setelah hanya ditawarkan kontrak baharu jangka pendek selama setahun oleh Chelsea.
PSG telah bersiap sedia untuk memenangi persaingan bagi mendapatkan tandatangan pemain tersebut.

Manchester United juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pertahanan England itu yang boleh diperoleh secara percuma pada musim panas ini.

Walau bagaimana pun, ibu pemain berusia 31 tahun itu, Sue Cole memberitahu rakan Facebooknya: "Dia akan menyertai pasukan yang lebih baik berbanding Manchester United. Pasukan bertaraf bintang di Eropah."

Kenyataan wanita itu di laman sosial tersebut turut menyatakan bos PSG, Carlo Ancelotti telah menghubungi anaknya itu.
Cole merangkul dua kejuaraan ketika bersama Ancelotti di Chelsea pada 2010 dan mempunyai hubungan erat dengan bekas jurulatihnya itu yang diberi bajet besar oleh PSG.

Pemilik PSG warga Qatar, dipercayai bakal menawarkan perjanjian menguntungkan kepada Cole untuk meninggalkan Liga Perdana Inggeris dan menamatkan kariernya di Perancis. - AGENSI



Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger