1News Online:
Home » » Ashton Kutcher & Demi Moore Enggan Teruskan Proses Cerai

Ashton Kutcher & Demi Moore Enggan Teruskan Proses Cerai

Saturday, November 3, 2012 | 12:13 AM


SETELAH setahun mengumumkan perpisahan, Ashton Kutcher dan Demi Moore masih belum bercerai secara rasmi dan khabarnya pasangan itu tidak berniat untuk melakukan proses selanjutnya.
Seperti dilaporkan oleh Digital Spy, baik Ashton mahupun Demi, mereka seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan proses cerai dan menurut laporan itu peguam kedua-dua belah pihak juga tidak menerima sebarang arahan daripada anak guam masing-masing.
Sebelum ini juga, terdapat banyak spekulasi tentang perkahwinan mereka dan salah satunya mereka dikatakan tidak pernah bernikah secara rasmi.
Malah mereka juga dikatakan belum mencapai kata sepakat untuk membahagikan harta sepencarian sebelum bercerai dan wakil pasangan itu menepis dakwaan tersebut.
Demi telah memfailkan permohonan cerai terhadap Ashton pada November 2011 kerana suaminya itu telah curang terhadapnya.
Ashton pula kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Mila Kunis dan mereka pernah bekerjasama dalam siri komedi The 70's Show. MStar
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger