1News Online:
Home » » Bagaimana Mendapatkan CPUV Nuffnang

Bagaimana Mendapatkan CPUV Nuffnang

Monday, November 5, 2012 | 5:16 PM


Soalan:

Selalunya dikatakan untuk momohon BE dari Nuffnang kita digalakkan menghantar tiket ke Nuffnang. Dan selepas itu apa yang patut kita buat?


Terima kasih kepada saudara tentang soalan ini. Persoalan ini merupakan salah satu pertanyaan yang popular dikalangan blogger-blogger.
Dan iklan yang sering dikejar oleh blogger ialah BE atau nama terbaru CPUV. 
Turutan dalam pemberian iklan mula-mula ialah CPC, CPUV dan akhir sekali  Sponsor Post.

CPC secara ringkas ialah iklan jika klik dapat RM.025. Ini semua orang dapat!!

CPUV dimana pengiklan memilih blog anda untuk mengiklankan produk mereka di banner Nuffnang. Pendapatan sebulan satu iklan boleh mencecah RM80. Jika 4 CPUV dah banyak masyuk..hehehe

Sponsor Post ialah anda kena membuat entri tentang pengiklan yang mengupah awak. Ini bayaran memang tinggi ler. Aku tak rasa lagi.hahahahaha

Hari ini saya nak bercerita CPUV, ini yang biasanya kita dapat.


Terdapat beberapa kaedah yang disarankan untuk memperolehi CPUV:


Survey form

Sentiasa updated survey form anda. Ini amat penting kerana mana-mana pemilihan pengiklan bergantung pada borang survey anda. Sebagai contoh jika dalam borang survey anda menklik pengunjung anda wanita berumur 18-24 tahun, anda layak mendapat iklan telepon ker, iklan pad ker dan sewaktunya dengannya.


Hantar Tiket


Pastikan tiket dihantar ke Nuffnang untuk bertanya kenapa anda tidak memperolehi CPUV.
Kenapa perlu hantar tiket? Sebab blogger yang join Nuffnang bukan satu tapi ramai. So harapannya ialah dengan menghantar tiket ini Nuffnang akan terperasan blog anda dan kemudian ia akan memberi iklan CPUV kepada anda.


Selepas itu hanya perlu menunggu sahaja, anda tidak boleh membuat apa-apa kecuali menunggu sahaja..hehehehehe.


Do and Don't:


Politik 

Selain itu jangan sesekali tulis entri berbau politik..Nuffnang memang tak suka. Dulu aku minat gak tulis tentang politik tapi sekarang minat aku dah beralih kepada santai dan blog triks. 
Lagi best dapat kutuk blogger lain punya widget dan termasuk kau kena kutuk sekali..hehehehehe.
Jangan tulis tentang politik kalau kau nak CPUV  ini.... ( Ini rules paling penting)


Iklan Lain


Adakah anda meletak iklan lain selain Nuffnang di blog anda. Jika ada, tolong keluarkan dengan segera. Nuffnang tak suka ada pesaing dalam blog yang sama.
Memang sah-sah kau takkan dapat CPUV tapi untuk mendapat iklan CPC RM0.25 layak kot.. hehehehe


Kedudukan Iklan


Susunan dan kedudukan iklan kau pun main peranan penting dalam menambat hati Nuffnang. Letakkan ketiga-tiga banner yang diminta oleh Nuffnang.
Macam mana nak letak. Klik Sini


Selain itu terdapat beberapa soalan yang sering ditanya.


a) Adakah saja memerlukan traffic 300 unik ke atas untuk memperolehi CPUV?
Sebenarnya saya sendiri pernah membaca blogger yang traffic ciput pun memperolehi CPUV. Tetapi jika anda ada 300 unik visitor maka anda patut mendapat CPUV.


b) Adakah jumlah entri penting dalam  Nuffnang?


Sebenarnya saya sendiri pernah membaca blogger yang mendapat CPUV walau pun jarang updated Nuffnang. Tapi jika anda sering updated entri maka anda layak mendapat CPUV.

Pendek kata jika anda amalkan Do and Don't Nuffanang itu potensi untuk mendapat CPUV amat tinggi. Selain kita tak boleh membaca kehendak Nuffnang ini. 


Tempoh hari sebelum Nuffnang tukar layout, saya mendapat BE dari bulan November 2011 hingga bulan  May 2012 tanpa putus dan pernah dapat 4 BE sebulan. Lepas tukar layout terus  tak dapat-dapat serta status Gillerati saya hilang.

Hantar tiket tanya kenapa.

Dapat status Gilerati tapi CPUV lak tak dapat-dapat. Hantar tiket lagi, tanya kenapa tak dapat?

Bulan August rasanya baru dapat itu pun satu CPUV setiap bulan...huhuhu.


Sebenarnya banyak opsyen lain selain Nuffnang ni tapi Nuffnang ini banyak kategori untuk membina pendapatan. Kalau dah dapat Sponsor Post, dah boleh masuk riban-riban uang. Sebab tu aku setia dengan Nuffnang. Lagipun Nuffnang kita ada Churp Churp yang memberi pendapatan tambahan!!


Sebenarnya mencari uang amat penting dalam blogging. Sebab ia memberi kita semangat berblogging. Target nak dapatkan 300 unik visitor untuk dapatkan CPUV mahu tak mahu anda terpaksa buat entri dan blogwalking. Itu kebaikan yang saya dapat!! Betul tak?


Saya harap penerangan ini dapat membantu saudara blogger saya lebih memahami tentang Nuffnang ini.

Thanks.

Sumber
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 2 comments

November 22, 2012 at 1:02 AM

cam mana nak hantar tiket?

November 22, 2012 at 5:12 PM

sign in nuffnang, and then contacy us

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger