1News Online:
Home » , , » Balotelli Akan Habiskan Kontraknya di City??

Balotelli Akan Habiskan Kontraknya di City??

Wednesday, November 14, 2012 | 12:59 AM


Manchester - Masih tidak terbabit dalam perlawanan terkini pasukannya, spekulasi mengenai masa depan Mario Balotelli di Manchester City semakin meruncing. Balotelli disebut-sebut akan kembali ke Itali tapi agennya tidak setuju.

Pada hujung minggu lalu, Balotelli terpaksa melihat rakan-rakan se-pasukannya beraksi mengalahkan Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-1 dari bangku simpanan.

Prestasi penyerang 22 tahun itu pun sejauh musim ini belum memenuhi jangkaan. Balotelli baru enam kali menjadi pemain utama pada musim ini dengan jaringan hanya dua gol sahaja.

Khabar angin yang bertiup pada akhir minggu ini mengatakan Balotelli akan memendekkan masa kerjanya di Eastlands yang sepatutnya akan tamat kontrak pada 2015. Dia disebut-sebut akan kembali ke Itali di mana duo Milan berminat menggunakan jasanya.

Akan tetapi, agen Balotelli, Mino Raiola tidak setuju dengan semua spekulasi itu. Tegas Raiola, Balotelli tidak merancang untuk pulang ke kampung dan berniat menghabiskan kontraknya bersama The Citizens.

"Tidak di Itali dan tidak ada rancangan untuk pergi ke sana," kata dia Sky Sports. "Dia akan bekerja sehingga akhir kontraknya. Dia tidak mahu berpindah."

"Memang tidak ada pemain yang bahagia jika dia tidak bermain, tapi dia menerimanya. Semuanya adalah sebahagian daripada permainan. Bukan bermaksud dia ingin meninggalkan Manchester."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger