1News Online:
Home » , , » Balotelli keluar, Falcao masuk

Balotelli keluar, Falcao masuk

Wednesday, November 14, 2012 | 10:23 AM


MARIO Balotelli dilaporkan bakal dipecat gara-gara berparti, 12 jam sebelum pertembungan menentang Tottenham Hotspurs Ahad lalu.
Penyerang Manchester City itu dilihat mengunjungi sebuah restoran sebelum berhibur di sebuah bar.

Akibatnya, Balotelli, 22, digugurkan daripada senarai pemain dan sekadar menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton.

Insiden terbaru itu menjadi alasan kukuh buat Roberto Mancini membawa masuk penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao Januari depan.

Falcao, 26, sebelum ini menarik minat beberapa kelab elit termasuk Real Madrid.

Malah, juara Eropah Chelsea sedia membawa pemain berkenaan ke Stamford Bridge dengan nilai perpindahan sekitar £48 juta (RM237 juta).

Penyerang antarabangsa Colombia itu telah meledak 49 gol dalam 60 penampilan bersama Atletico sejak menyertai kelab tersebut tahun lalu.

Dia juga menjadi pemain pertama memenangi trofi Liga Europa bersama dua kelab berbeza (FC Porto 2011, Atletico 2012) dalam tempoh dua tahun. 

Pada perlawanan UEFA Super Cup, Falcao meledak hatrik sekali gus meningkatkan lagi sahamnya di Eropah
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger