1News Online:
Home » , , » Barry Akui Pretasi Buruk City di Liga Champions

Barry Akui Pretasi Buruk City di Liga Champions

Tuesday, November 6, 2012 | 1:23 PM


Manchester - Gareth Barry enggan mencari-cari alasan. Setelah tiga kali pertemuan tanpa berakhir kemenangan, pemain tengah Manchester City itu mengakui bahawa pasukannya memang tidak tampil meyakinkan.

City sempat bersaing dengan Real Madrid pada perlawanan pertama Kumpulan D September lalu. Tetapi, di akhirnya mereka kalah juga. Gol Cristiano Ronaldo pada minit ke-90 membuat Real menang 3-2 dan The Citizens pulang dengan tangan kosong.

Pada dua perlawanan berikutnya, City juga gagal menunjukkan prestasi meyakinkan. Setelah seri 1-1 menentang Borussia Dortmund, mereka kalah 1-3 di tangan Ajax Amsterdam. Secara praktikal, City menjadi satu-satunya pasukan yang belum meraih kemenangan dalam Kumpulan D.

"Kami tidak tahu mengapa situasi boleh menjadi sesukar ini," kata Barry seperti diberitahu Daily Mirror.

"Jelas, kami tidak memaparkan prestasi terbaik ketika menentang pasukan-pasukan dengan kualiti seperti di Liga Champions."

"Ketika bermain perlawanan-perlawanan seperti itu, dan anda tidak menunjukkan prestasi terbaik, maka anda akan dikalahkan. Kami tidak tampil dengan prestasi terbaik dan kami telah dikalahkan."

Secara matematik, peluang City untuk melayakkan diri daripada fasa kumpulan belum tertutup. Namun, setelah kalah dengan Ajax beberapa minggu lalu, Roberto Mancini menyebut bahawa City memerlukan keajaiban.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger