1News Online:
Home » » “Bekas Menteri Mana Pula Ni?” – Rozita Che Wan Nafi Bercuti Dengan VIP

“Bekas Menteri Mana Pula Ni?” – Rozita Che Wan Nafi Bercuti Dengan VIP

Wednesday, November 7, 2012 | 12:48 AM


Umum tahu tentang khabar angin mengatakan Rozita Che Wan pergi bercuti bersama seorang bekas menteri ke London. Tak cukup disitu, khabar angin itu turut mengatakan bahawa Rozita turut membawa adiknya, Ayu Raudhah untuk mengaburi mata yang melihat.
Menurut sumber, Rozita Che Wan dikatakan telah menerima tiket dari seorang bekas menteri berdasarkan nombor tempahan tiket yang sama. Mereka berdua juga turut dituduh bermesraan sehingga menarik perhatian krew didalam penerbangan mereka.
Namun begitu, laporan Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Rozita Che Wan menafikan segala tuduhan tersebut dan mengaku dia sudah lali dengan gosip-gosip sebegini.
“Bekas menteri mana pula ni? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni. Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan situasi seperti ini,” ujar Rozita Che Wan.
Rozita Che Wan juga memberitahu akan bertindak lebih tegas selepas ini jika ada wartawan hiburan yang cuba mengeruhkan keadaan lagi.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger