1News Online:
Home » , , » Benitez: Chelsea akan terus berjuang

Benitez: Chelsea akan terus berjuang

Thursday, November 29, 2012 | 3:29 PM

Rafael Benitez mendedahkan bahawa Chelsea masih dalam perjuangan untuk menjuarai Liga Perdana walaupun telah jatuh tujuh mata dari tempat teratas.


Kedua-dua perlawanan pertama yang dibimbing oleh Benitez telah berakhir tanpa jaringan gol menentang Fulham malam ini.

Sebagai pasukan juara yang dididik oleh Roberto Di Matteo sebelum itu, mereka kini tampil lemah dan kurang yakin dalam perlawanan.

Namun, Benitez tetap menegaskan bahawa Chelsea mempunyai kualiti untuk mengatasi Manchester United dan Manchester City yang telah meraih kemenangan pada hari Rabu.
"Kenapa tidak kami?" Benitez berkata.

Beliau menambah: "Perjalanan masih jauh dan kami akan kerap berjuang. Sudah tentu kami akan mendapat beberapa peluang untuk melakukan sedemikian.

"Pada msuim lalu, City telah mendahului dan ia bertambah sukar. Mereka perlu memenangi perlawanan terakhir dan ia telah membuktikan bahawa perjalanan masih jauh."

Pengurus eksperimen, Benitez turut mengakui bahawa Chelsea kini kurang keyakinan setelah hanya menang dua kali dalam sepuluh perlawanan yang mampu menjejaskan musim mereka.

Beliau menambah: "Perkara utama pada masa ini adalah untuk menang. Jika kami menang, kami mampu meningkatkan kedudukan dan meraih kejohanan.

"Kami harus bermula dari itu dan mungkin prestasi akan kembali."

Beliau turut memberikan kenyataan tentang Fernando Torres yang gagal menemui sasaran sejak dua bulan yang lalu.

"Ia tidak mudah unutuk beliau, atau (Eden) Hazard ataupun Oscar," Benitez berkata.

"Kami telah menguasai mereka (Fulham) dan mampu menang pada minit terakhir."

Jelas tertekan, Chelsea telah mendapat dua keputusan seri berturut-turut untuk kali pertama sejak Roman Abramovich membeli kelab.

"Anda tidak berpuas hati jika anda tidak menang," Benitez menyatakan setelah kededua perlawanan telah diperhatikan oleh pemilik Russia itu.

"City adalah sebuah pasukan teratas dan mempunyai banyak pilihan dalam skuad.

"Hari ini (Rabu), saya mendapat beberapa perkara positif dalam segi kawalan bola dan serangan.
"Saya tidak suka akan dua keadaan di mana peluang diberkan kepada pasukan lawan dan apabila kami tidak mampu memberikan hantaran dengan cepat.

"Kami baru melalui beberapa sesi latihan bersama dan hanya memerlukan lebih masa."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger