1News Online:
Home » , , » Benitez ingin Blues bersatu

Benitez ingin Blues bersatu

Friday, November 23, 2012 | 11:47 AM

Rafael Benitez berpendapat bahawa penyokong Chelsea tidak perlu pertikaikan pelantikannya dan ingin mereka bersatu.


Benitez telah bertembung dengan Jose Mourinho, apabila beliau mengurus Chelsea, dalam perlawanan Liga Juara-Juara banyak kali dan komen-komen beliau semasa bersama Liverpool telah menyinggung perasaan penyokong Blues.Pengurus Sepanyol itu telah dinamakan sebagai pengganti Roberto Di Matteo di Stamford Bridge hingga akhir musim.

Beliau telah berkata: “Saya hanya ingin berterus terang dan komen saya telah diberi setelah analisis sendiri.

“Kami telah bertembung dengan Chelsea dalam separuh-akhir Liga Juara-Juara.

“Jika saya menyokong kelab itu saya ingin pengurus saya berjuang untuk saya. Saya tidak rasa ini serangan terhadap peminat Chelsea, saya hanya mempertahankan kelab saya.

“Saya ingin membuat yang terbaik untuk para penyokong.

“Kami ingin menang setiap perlawanan dan tiada pihak lain yang ingin menang lebih dari para penyokong dan pengurus.

“Saya harap mereka akan berpuas hati.

Benitez juga telah menghadapi soalan tentang kemungkinan besar pengganti beliau, Pep Guardiola, yang disasar pemilik Roman Abramovich.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Guardiola, beliau adalah pengurus yang hebat.
“Saya tidak tahu apa yang mungkin berlaku pada masa depan.

“Saya telah menunggu peluang saya untuk kembali selama dua tahun.
“Saya ingin membuat yang terbaik dan meraih Piala lagi.”

Walaubagaimanapun pencapaian Piala tidak cukup untuk Abramovich, yang telah memecat Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan Di Matteo yang telah mendorong kejayaan Blues.

Pemilik Rusia itu dikatakan yang beliau ingin menyaksikan “Barcelona bermain dalam jersi biru” di Stamford Bridge.

“Saya tidak tahun tentang corak apa yang beliau minati tetapi saya rasa beliau akan berpuas hati dengan kejayaan pasukan.” Kata Benitez yang terkenal dengan corak pertahanan yang kukuh.
“Michael telah memberitahu saya yang kami mempunyai pasukan yang baik dan pemain yakin dengan pengurusan saya.”

“Beliau kenali saya dari masa di Valencia dan kami telah bertembung dengan Chelsea beberapa kali.
“Jika kami bermain seperti Valencia dan kami boleh menang saya yakin beliau akan puas.”
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger