1News Online:
Home » , , » Benitez Sasar Menangi Semua Perlawanan EPL

Benitez Sasar Menangi Semua Perlawanan EPL

Friday, November 23, 2012 | 2:40 PM


PENGURUS baru Chelsea, Rafael Benitez menyasarkan untuk menang semua perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Benitez dilantik sebagai pengurus sementara sehingga hujung musim ini menggantikan Roberto Di Matteo menganggap Chelsea adalah sebuah kelab besar yang mampu memberinya peluang untuk menjulang trofi.
 

Pengurus 52 tahun dari Sepanyol ini pernah bersama liverpool 2004-2010, berkata dia teruja kerana dapat kembali ke saingan Liga perdana.

Benitez juga telah mula turun padang bersama-sama pemain menjalani latihan menjelang perlawanan bertemu Manchester City Ahad ini.

"Saya telah bersama pasukan pada sesi latihan. Semuanya dilihat berjalan lancar dan mereka menjalani latihan dengan gigih.

"Saya tidak lihat sebarang masalah yang timbul," jelasnya.

Bekas pengurus Valencia dan Inter Milan ini juga telah melantik Boudewijn Zenden sebagai pembantunya.

"Dia adalah bekas pemain saya ketika di Liverpool. Zenden lebih pakar mengenai keadaan dan tempat di sini. Dan paling penting dia juga tahu untuk bekerja secara pantas," katanya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger