1News Online:
Home » , , » Benitez - Torres sudah berubah

Benitez - Torres sudah berubah

Wednesday, November 28, 2012 | 9:00 AM


Rafael Benitez telah mengakui bahawa beliau tidak tahu jika dapat mendorong pencapaian Torres seperti di Liverpool untuk Chelsea.

Pengurus pasukan Blues Benitez telah menegaskan bahawa beliau dapat meningkatkan prestasi Torres, satu-satunya penyerang termahal dunia yang telah berpindah dari Anfield ke Stamford Bridge dalam persetujuan yang bernilai £50 juta.

Benitez telah mengakui bahawa pemain yang kini berusia 28 tahun itu bukan pemain yang sama sepertimana beliau mengarah apabila di Anfield.

Tiga pengurus telah cuba untuk memperbaiki sentuhan Torres supaya dapat menjaringkan gol dengan lebih kerap tetapi tiada satu pun yang berjaya.

Walaubagaimanapun Benitez kenal Torres dengan baik dan berkata: "Beliau bukan pemain yang sama, beliau telah mencapai tahap maksimal [semasa di Liverpool].

"Saya yakin beliau dapat meningkat, tetapi pasukan kami harus menolongnya."

"Langkah pertama adalah untuk memberi beliau keyakinan, arahan untuk memperbaiki dirinya dan untuk meningkatkan tahap fizikal beliau." kata Benitez yang ingin rakan sepasukannya mencipta lebih peluang untuk beliau.

"Kami perlu mengukuhkan benteng pertahanan kami, dan merampas kawalan bola sebelum dapat mencipta peluang."

"Kami mempunyai pemain yang tangkas dan cekap... kami dapat memperbaiki aspek ini."
Benitez telah menafikan bahawa beliau di bawah tekanan untuk memilih Torres dalam kesebelasan utama oleh pemilik Roman Abramovich.

"Pada masa ini [Daniel] Sturridge masih cedera jadi pemilihan lebih senang." kata Benitez.
"Saya akan menjadi lebih sibuk dan belum mempunyai masa untuk menyaksikan prestasi mana-mana pemain.

"Saya hanya ingin memperbaiki pemain yang sedia ada."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger