1News Online:
Home » » Berang kereta disimbah asid

Berang kereta disimbah asid

Monday, November 12, 2012 | 2:15 PM


KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 penduduk naik berang apabila kereta milik mereka yang diletakkan di tepi bangunan Blok A, Apartmen No. 5, Taman LTAT, Jalan Bukit Indah, Bukit Jalil di sini rosak akibat disimbah asid dalam perbuatan khianat baru-baru ini.
Lebih membuatkan mereka marah, kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali pada Julai, September dan terbaharu pada 5 November lalu itu berlaku dalam kawasan yang mempunyai pengawal keselamatan.
Dalam ketiga-tiga kejadian itu, bukan sahaja 29 buah kereta rosak akibat disimbah asid dan dicalar malah, tempat duduk motosikal turut ditoreh.
Difahamkan, perbuatan khianat itu disyaki dilakukan selepas ada pihak yang berang dengan sikap penduduk yang meletakkan kenderaan masing-masing bukan di lot yang disediakan.
Seorang penduduk, Muhammad Sazri Abd. Sani, 33, berkata, dia terkejut apabila mendapati Perodua Myvi miliknya rosak akibat disimbah asid dan dicalar ketika hendak keluar bekerja pada 5 November lalu. Kosmo
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger