1News Online:
Home » , , » Berikan peluang kepada Benitez

Berikan peluang kepada Benitez

Monday, November 26, 2012 | 10:43 AM

Penjaga gawang Petr Cech yakin bahawa Rafael Benetiz berhak mendapat lebih peluang untuk membuktikan diri.

Walaupun pernah mengurus Liverpool sebelum itu, ia tidak bermakna bahawa beliau adalah seseorang yang disanjungi di Stamford Bridge dan beberapa penyokong telah meluahkan perasaan mereka terhadap pengurus Sepanyol itu.

Cech memberitahu Sky Sports 1: "Malangnya, kami tidak mampu mengubah apa-apa sekarang.

"Ya, kami adalah pencabar terdekat untuk Liverpool pada masa dahulu tetapi beliau (Benitez) telah ke sini untuk meningkatkan keadaan di sini, untuk mendorong kami dan saya berpendapat bahawa beliau memerlukan lebih peluang untuk membuktikan diri.

Beliau memberikan kenyataan tentang perlawanan pada hari Ahad dan pemergian bekas pengurus Roberto Di Matteo, Cech menambah: "Sudah tentu ia seperti berita buruk sebagai seorang pemain kerana anda tentu berasa bertanggungjawab jika anda tidak bermain dengan baik.

"Namun, kami tidak mampu menukar seluruh pasukan jadi pengurus harus pergi dahulu.

"Hari ini (Ahad) hanya menunjukkan bahawa kami akan bermula sekali lagi dan berjuang untuk mendapat keputusan positif.

"Anda memerlukan lebih masa apabila mendapat seorang pengurus baru untuk mendapat keputusan yang baik dan keputusan seri 0-0 tidak merupakan sebuah perkara yang buruk.

Kapten Manchester City Vincent Kompany turut gembira tidak membolosi sebarang gol dan menyatakan bahawa beliau telah berjuang sepanjang 90 minit perlawanan dengan kecederaan lutut.

"Saya kurang pasti bagaimana saya mampu melalui perlawanan itu," Kompany berkata.

"Saya ingin berjuang untuk pasukan dan gembira dapat membantu pasukan tetapi ia bukan sebuah perlawanan yang mudah."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger