1News Online:
Home » , , » Blues dicemuh setelah terikat seri

Blues dicemuh setelah terikat seri

Thursday, November 29, 2012 | 10:17 AM

Rafael Benitez dicemuh keluar padang setelah Chelsea terikat seri untuk kali kedua berturut-turut bersama Fulham di utara London.


Benitez tidak disambut dengan ejekan oleh para penyokong apabila beliau muncul untuk perlawanan kedua setelah keputusan seri tanpa jaringan bersama Manchester City sebelum itu. Sebelum itu, kehadiran beliau tidak dialu-alukan dan telah dicemuh sepanjang perlawanan dan kali ini, beliau tidak mampu memenuhi harapan peminat setelah Chelsea ketinggalan dalam Liga Perdana Barclays.

Seperti perlawanan menentang Manchester City pada hujung minggu yang lalu, mereka hampir dikalahkan oleh Fulham yang telah mengukir lebih banyak peluang dan dibantu oleh penyerang terkenal, Dimitar Berbatov yang lebih menyerlah dari Fernando Torres.

Ramai orang dikecewakan dengan keputusan itu dan telah menyorak kepada Benitez, "Anda tidak dijemput si sini!" dan "Kami mahu Chelsea balik," di hadapan pemilik roman Abramovich yang turut kelihatan tidak berpuas hati.

Oscar telah mengukir peluang pertama dalam setengah jam pertama sebelum Torres gagal memanfaatkan hantaran Cesar Azpilicueta apabila bola terus ke dakapan penjaga gawang, Mark Schwarzer.

Walaubagaimanapun, Chelsea kelihatan lebih bertenaga dan turut memberikan serangan bertubi-tubi.
Setelah babak pertama yang tidak membuahkan hasil, Mahamadou Diaara berjaya menghalang Oscar dari menyempurnakan hantaran Hazard.

Chelsea hampir ketinggalan untuk dua kali dalam jangka sepuluh minit sebelum Berbatov dikatakan berada di tempat ofsaid dan Petr Cech yang terdesak menyelamatkan bola dari John Arne Risse.

Percubaan dari Ramires dan Giorgios Karagounis turut menguji penjaga gawang tidak lama selepas itu. Fulham kemudian menurunkan Chris Barid untuk menggantikan Diarra sebelum Mata menonjolkan kehebatan beliau dengan tendangan sudut yang dipesong keluar oleh Branislav Ivanovic.

Ketidakmampuan Torres untuk menemui sasaran menimbulkan keraguan dari para penyokong setelah menyaksikan beliau menerima peluang emas pada sepuluh minit terakhir hanya untuk dikawal oleh Aaron Hughes.

Pada detik terakhir perlawanan, Benitez disaksikan menggesa pasukan untuk lebih menyerang setelah mereka berjaya menguasai kotak Fulham namun ia tidak berbaloi.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger