1News Online:
Home » , , » "Blues perlu memperbaiki kubu pertahanan"

"Blues perlu memperbaiki kubu pertahanan"

Monday, November 19, 2012 | 1:44 PM


Roberto Di Matteo menggesakan Chelsea menonjolkan kemampuan untuk berjuang tanpa kapten dan pemain pertahanan utama John Terry.

Pengurus Blues telah menekan untuk mengukuhkan pasukan beliau dengan mengubah formasi dan kakitangan pasukan setelah kekalahan 2-1 menentang bekas pasukan West Brom pada hari Sabtu.
Kini, Chelsea telah membolosi sebanyak 18 jaringan gol dalam lapan perlawanan dalam kesemua pertandingan dan memungut hanya dua mata dalam empat pertemuan Liga Perdana Barclays sebelum itu.
Ketiadaan Terry akibat kecederaan lutut selama tiga minggu sejurus selepas penampilan kembali beliau dari penggantungan empat perlawanan domsetik, turut menambah kepada masalah pasukan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara ke Juventus pada hari Selasa nanti.
Di Matteo berkata: "Beberapa clean sheet mampu memberikan pasukan peluang untuk menang dalam perlawanan dan kami harus lebih memperbaiki dalam segi itu.
"Kami tidak begitu mengamcam di benteng pertahananan. Sudah tentu kami rindu kehadiran John (Terry) kerana beliau merupakan seorangpemain utama.
"Beliau banyak memberikan pasukan keyakinan.
"Ia amat mengecewakan setelah mendapat tahu beliau tercedera - tetapi kami akan berjuang tanpa kehadiran beliau sehingga beliau pulih sepenuhnya - untuk lebih meningkat."
Di Matteo turut menambah: "Ia penting untuk kami mencari prestasi mantap di mana kami boleh mengukir lebih peluang dalam perlawanan.
"Mungkin sudah tiba masanya di mana kami boleh mengubah kesebelasan pasukan dan gaya permainan tetapi kami akan menumpukan lebih perhatian kepada kubu pertahanan.
"Dalam perlawanan menentang West Brom, jaringan gol pertama tiba dari hantaran jauh dan pemain pertahanan kami patut menghalang bola. Kami mempunyai cukup pemain untuk mengawal jaringan gol kedua juga."
Nasib menyebelahi pasukan kerana pemain pertahanan bek kiri Ashley Cole bakal kembali pada setengah minggu setelah diletakkan di bangku simpanan di Hawthorns akibat kecederaan hamstring yang turut menafikan beliau dari penampilan ke 100 untuk pasukan kebangsaan England di Sweden.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger