1News Online:
Home » » Broadwell kesal skandal dengan pengarah CIA

Broadwell kesal skandal dengan pengarah CIA

Tuesday, November 20, 2012 | 10:52 AM



WASHINGTON - Penulis biografi, Paula Broadwell yang menjalin hubungan sulit dengan bekas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus, memberitahu rakan-rakannya bahawa dia sengsara akibat kesilapan tersebut.
Seorang kenalan rapat Broadwell yang enggan dikenali berkata, dia melahirkan rasa kesal di atas kesilapan tersebut terutama kepada ahli keluarga dan jiran-jirannya.
Dia kini berusaha untuk membetulkan kesilapan tersebut dan meneruskan kehidupannya.
Dalam pada itu suami, anak dan rakan-rakan Broadwell mengalu-alukan kepulangannya ke kediaman mereka di Charlotte, Utara Carolina kelmarin.
Sebelum ini, dia bersembunyi di rumah abangnya di Washington selama lebih seminggu bagi mengelak daripada diganggu oleh wartawan dan jurugambar.
Seorang rakan keluarga Broadwell berkata, wanita berkenaan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh jiran-jirannya.
Broadwell masih lagi disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenai dokumen sulit yang dijumpai dalam komputer riba di rumahnya yang dipercayai dikumpul penulis itu semasa menghasilkan biografi Petraeus di Afghanistan.
Skandal Broadwell dan Petraeus diketahui FBI apabila mereka menemui e-mel yang dihantar Broadwell kepada seorang sosialit negeri Florida, Jill Kelley supaya menjauhkan diri daripada kekasih gelapnya itu.
Petraeus, 60, yang merupakan jeneral empat bintang terpaksa menanggung malu selepas hubungan beliau bersama Broadwell terbongkar pada awal bulan lalu.
Hubungan sulit Petraeus dengan Broadwell bermula kira-kira dua bulan selepas dia memegang jawatan Pengarah CIA pada September 2011 sejurus selepas bersara daripada perkhidmatan tentera AS. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger