1News Online:
Home » » Buang janin depan rumah

Buang janin depan rumah

Tuesday, November 6, 2012 | 1:33 PM


MENTAKAB – Seorang pesara swasta pelik dengan bunyi salakan anjing liar dan terkejut apabila menemui janin dibuang di halaman rumahnya dekat Taman Rimba Rimba Mutiara, di sini, petang kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian tersebut disedari Chee Kong Chow, 57, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin apabila pengadu keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong 6 selepas mendengar sekumpulan anjing liar menyalak.
Menurutnya, polis yang mendapat maklumat kejadian kemudian menghantar pasukan forensik dan mendapati janin berusia di antara empat ke lima bulan itu dibuang di hadapan rumah mangsa.
“Sehingga kini, polis masih belum mengetahui bangsa janin itu, tetapi ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam dengan kaedah pengguguran.
“Polis mengarahkan pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan di hospital serta klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Polis juga merakam percakapan pengadu dan janin itu akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat setelah siasatan forensik selesai,” katanya, kelmarin.
Zundin berkata, kes buang bayi sangat jarang berlaku di Temerloh dan kejadian semalam akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mempunyai suspek dan menggesa orang ramai membantu polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
“Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit,” katanya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger