1News Online:
Home » , » "Bukan kesalahan pasukan"

"Bukan kesalahan pasukan"

Thursday, November 8, 2012 | 4:33 PM


Pengurus Barcelona Tito Vilanova yakin bahawa pemain beliau tidak patut dipersalahkan untuk kekalahan kejutan 2-1 ke atas Celtic dalam Liga Juara-Juara.

Pasukan gergasi La Liga itu yang telah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan musim ini sebelum perlawanan di Celtic Park, dijangka akan menewaskan pasukan lawan Scotland dengan mudah pada hari Rabu.
Namun, Victor Wanyama turut memberikan pasukan pelawat kejutan pada minit ke 21 sebelum pemain muda Tony Watt menjaringkan gol kemenangan pada tujuh minit terakhir dalam penampilan pertama dalam Liga Juara-Juara.
Lionel Messi telah menyamakan kedudukan untuk pasukan pada masa tambahan tetapi ia terlambat apabila mereka akhirnya mengalami kekalahan kedua pada musim ini. Vilanova telah bergegas mempertahankan pemain beliau setelah bunyi penamatan perlawanan berbunyi.
"Pemain pasukan tidak patut disalahkan," beliau berkata di laman web rasmi UEFA. "Kami patut mengucapkan tahniah kepada usaha mereka sepanjang perlawanan.
"Kami patut menang - kami telah berusaha sedaya upaya. Kami telah membuat kesilapan pada peluang set-piece dan mereka berjaya mengambil kesempatan."
Walaupun pengurus yang berumur 43 tahun itu mengakui bahawa pasukan telah mensia-siakan peluang baik untuk membuka tirai sebelum Celtic melakukan sedemikian, beliau memuji pasukan lawan yang turut menyambut ulang tahun ke 125 pada hari sebelum perlawanan.
"Kami mempunyai peluang jelas untuk menjaringkan gol," Vilanova berkata. "Keputusan mampu berubah jika kami telah menggunakan peluang dengan baik.
"Kami telah mengukir beberapa peluang dalam perlawanan dan mampu memang tetapi malangnya, ia tidak berlaku pada hari ini (Rabu).
"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Celtic ke atas kemenangan mereka. Suasana di stadium turut menakjubkan."
Barca mampu bangkit semula dalam perlawann menentang Real Mallorca dalam liga pada hari Ahad.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger