1News Online:
Home » , , » Cavani sasaran Wenger

Cavani sasaran Wenger

Monday, November 12, 2012 | 3:13 PM


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger bersedia untuk berbelanja besar bagi mendapatkan penyerang sensasi Napoli, Edinson Cavani dengan mengemukakan bidaan bernilai £30 juta (RM146 juta).
Selepas menyaksikan The Gunners kini ketinggalan 11 mata dengan pendahulu Liga Perdana England, Manchester United, Wenger kini terdesak untuk memperkuatkan jentera serangan pasukannya.
Pengendali Perancis itu menganggap jentera serangan Arsenal tampak tumpul selepas melepaskan bekas kapten, Robin van Persie ke United.
Kini, beliau bersedia untuk mendapatkan Cavani yang dilihat menjadi sebagai pengganti ideal kepada pemain Belanda itu.
Kelmarin, The Gunners terikat seri 3-3 ketika menentang Fulham di Stadium Emirates.
Difahamkan, pegawai pencari bakat Arsenal telah berkunjung ke Itali bagi menyaksikan persembahan Cavani secara lebih dekat minggu lalu.
Impian The Gunners untuk mengikat penyerang Uruguay itu semakin membara apabila Cavani muncul sebagai wira Napoli selepas meledak empat gol ketika menewaskan kelab Ukraine, Dnipro Dnipropetrovsk 4-2 pada aksi Liga Europa.
Namun, hasrat Arsenal mungkin sedikit terjejas apabila Cavani yang baharu menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun, menegaskan yang dia mahu kekal di Itali.
Cavani yang meletakkan sasaran untuk merekodkan jaringan tertinggi musim ini, berazam untuk memadamkan rekod bekas penyerang Argentina, Diego Ma- radona yang meledak 115 gol ketika bersama kelab Itali itu.
Untuk rekod, Cavani telah menjaringkan 79 gol dalam 108 perlawanan.
Selain Arsenal, Manchester City dan Chelsea juga dilaporkan bersaing untuk mendapatkan sentuhan Cavani. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger