1News Online:
Home » , , » Cech: Persaingan Gelaran Juara Milik Chelsea, MU & City

Cech: Persaingan Gelaran Juara Milik Chelsea, MU & City

Tuesday, November 13, 2012 | 11:57 PM


London - Premier League baru berjalan 11 minggu namun Petr Cech sudah ada pendapat tentang pasukan mana yang akan bersaing untuk gelaran juara. Bersama Chelsea, duo Manchester juga disebut Cech sebagai pasukan yang akan berebut gelaran.

Manchester United masa ini sedang memimpin carta dengan 27 mata. Sempat menanggung kekalahan di awal musim, MU pada masa ini terus konsisten meraih kemenangan. Setelah kalah dengan Tottenham Hotspur, 'Red Devils' menang pada lima perlawanan terakhir.

Sementara itu, Manchester Ciy yang berada di tangga kedua juga terus mengumpulkan mata. Pasukan arahan Roberto Mancini ini belum pernah menerima kekalahan dan tertinggal dua mata sahaja dari MU.

Chelsea sendiri pada masa ini menduduki posisi tiga tempat teratas. The Blues yang sebelum in mempunyai permulaan cemerlang kebelakangan ini kehilangan mata pada perlawanan terakhir dan mengumpul 24 mata.

Jumlah mata Chelsea itu empat mata melebihi Everton yang ada di tangga ke-empat. Sementara dua pasukan yang musim lalu berada di tangga empat teratas, Arsenal dan Tottenham Hotspur, pada masa ini berada di luar lima pasukan terasas.

Melihat fakta itu, Cech menilai perebutan untuk gelar juara musim ini hanya akan melibatkan Chelsea, MU, dan City. Menurut penjaga gawang 30 tahun itu, pasukan yang paling konsisten adalah pasukan yang akan menjadi juara.

"Kelab-kelab Manchester konsisten meraih mata. Kami sudah kehilangan beberapa mata, seperti juga mereka di awal musim, jadi kami akan menjadi tiga pasukan yang akan mengejar gelaran," kata Cech seperti di Sky Sports.

"Tapi jangan lupakan yang lain, kerana setiap perlawanan itu sukar. Kami boleh kehilangan mata melawan pasukan mana pun dan yang paling konsisten yang akan menang."

"Ini bukan masalah besar kerana kami masih di awal musim, tapi kelebihan mata yang kami berikan kepada Manchester City atau Manchester United adalah sesuatu yang boleh menjadikan mereka juara," katanya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger