1News Online:
Home » , , » Cedera Tak Serius, Terry berehat beberapa minggu sahaja

Cedera Tak Serius, Terry berehat beberapa minggu sahaja

Tuesday, November 13, 2012 | 9:48 AM


London - Chelsea kini boleh menarik nafas lega dengan keadaan John Terry. Kecedera lutut yang dialami oleh kapten tidak serius berbanding jangkaan awal dan dia hanya akan berehat selama beberapa minggu sahaja.

Kecedera tersebut terjadi apabila pertahanan tengah betembung dengan penyerang Liverpool Luis Suarez dalam perlawanan yang berakhir 1-1 di Stamford Bridge.

Pada perlawanan itu, Terry menjaringkan gol bagi pasukannya sebelum diusung keluar pada minit 39 setelah mendapat rawatan.

Dikuatiri Terry mengalami cedera parah yang menjangkakan dirinya akan berehat sampai akhir musim. Namun, setelah pemeriksaan lebih lanjut pemain bola 31 tahun ini cuma akan diketepikan beberapa minggu sahaja

"Dari hasil penilaian MRI pada hari ini tidak ditemui kecederaan pada ligamen lutut kanannya," kata pegawai kelab Chelsea

"Pasukan medic kelab bolasepak Chelsea akan mengadakan ujian lebih lanjut dalam dua atau tiga hari sekali sampai bengkaknya berkurangan untuk menentukan berapa lama John akan berehat, tapi yang pasti hanya dalam beberapa minggu bukan bulan."

Suarez, yang menjaringkan gol penyamaan Liverpool mengharapkan cedera Terry tidak serius. "Aku mendoakan untuk Terry, aku harap cederanya tidak serius," kata dia di Twitter setelah perlawanan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger