1News Online:
Home » » 'Cinta Itu Milikku' Bakal Dapat Sambutan Penonton TV3

'Cinta Itu Milikku' Bakal Dapat Sambutan Penonton TV3

Monday, November 5, 2012 | 11:51 PM

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Drama 'Cinta Itu Milikku' membariskan pelakon-pelakon seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah. -foto THE STAR
PETALING JAYA: Pengarah drama bersiri terbaru berjudul Cinta Itu Milikku, Emi Suffian Sabhe berharap agar karya terbarunya itu akan mendapat sambutan yang baik daripada penonton apabila ia ditayangkan kelak menerusi slot Akasia di TV3.
Emi berkata, drama yang mendapat sentuhan skrip oleh Zarihah Hassan itu menepati selera penonton yang gemarkan karya-karya yang mempunyai pelbagai elemen.
"Saya bersetuju mengarahkan drama ini kerana jalan cerita dan plotnya yang sangat menarik dengan pelbagai elemen seperti debaran, dendam, bahagia, cinta dan sebagainya yang menjadi ramuan utama pada Cinta Itu Milikku," ujarnya selepas semasa sidang media pelancaran drama tersebut di sini pada Isnin.
Cinta Itu Milikku terbitan Orangetree Production itu akan mula disiarkan pada 12 November ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.
Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.
Dalam pada itu, Emi memberitahu sebanyak 65 peratus penggambaran drama 24 episod itu telah siap menjalani penggambaran dan selebihnya bakal siap dalam masa 20 hari lagi.
Emi memberitahu dia juga terharu dengan komitmen semua pelakon yang terlibat dan menjayakan drama tersebut.
"Komitmen para pelakon amat baik malah pelakon utama drama tersebut iaitu Emma Maembong memberikan lakonan yang memberangsangkan sebagai pendatang baru.
"Saya yakin wataknya akan menyerlah di kalangan penonton dan sudah pasti namanya akan menjadi sebutan selepas ini," ujarnya.
Drama tersebut mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) yang bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).
Namun begitu, bekas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini menganggap bahawa Rania telah merampas cintanya.
Selepas mereka berkahwin kemarahan Dini semakin meluap-luap dan telah menimbulkan pelbagai konflik apabila Dini berkahwin dengan abang Rania.
Kemelut bertambah teruk apabila Dini yang mempunyai dua korektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril. Mstar
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger