1News Online:
Home » , , » City tolak jual Balotelli

City tolak jual Balotelli

Friday, November 30, 2012 | 10:48 AM


LONDON - Roberto Mancini menegaskan, Manchester City tiada niat untuk menjual penyerangnya, Mario Balotelli pada pasaran perpindahan, Januari ini.

Penyerang kontroversi mereka itu mempamerkan aksi memberangsangkan dengan mencipta jaringan ketika City menewaskan Wigan 2-0, semalam.

Mancini memberi kepercayaan kepada Balotelli apabila membawanya masuk menggantikan Sergio Aguero pada minit ke-68, dan pemain Itali itu menunjukkan reaksi pantas apabila menjaringkan gol pertamanya dalam liga musim ini, tidak sampai 60 saat kemudian.

Seorang lagi pemain gantian, James Milner memastikan City terus menghambat kedudukan pendahulu liga, Manchester United menerusi gol kedua yang cantik untuk mengesahkan kemenangan 2-0.

Ketika ditanya apakah City akan membenarkan Balotelli pergi tahun depan, Mancini berkata: "Tidak, itu tidak benar. Dia menjaringkan gol pertamanya musim ini dan saya harap dia akan terus menunjukkan peningkatan selepas perlawanan ini." - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger