1News Online:
Home » , » Clattenburg nyata tidak bersalah

Clattenburg nyata tidak bersalah

Friday, November 23, 2012 | 11:41 AM


Persatuan bola sepak (FA) tidak akan mengambil tindakan terhadap pengadil Mark Clattenburg dan akan menghukum John Obi Mikel.

FA telah membuat keputusan yang "tiada sebab untuk menjalankan penghukuman" terhadap dakwaan yang pengadil itu telah menggunakan kata-kata kesat terhadap John Obi Mikel.

Kenyataan FA itu juga telah menyatakan yang aduan oleh rakan sepasukannya Ramires telah dibuat semata-mata untuk menyokong beliau.

Clattenburg telah berkata bahawa beliau kini amat lega setelah detik "paling mencabar dalam hidupnya".

"Saya ingin melupakan detik ini dan ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya saya.

"Saya menghargai sokongan yang diberi oleh keluarga, rakan kerja dan pihak pengurusan Professional Game Match Officials Limited serta persatuan kami Prospect. Sokongan ini telah membantu saya mengharungi detik ini.

"Saya telah melalui detik yang penuh tekanan walaupun saya yakin saya tidak bersalah.

"Isu perkauman tidak patut terus kekal dalam sukan bola sepak dan saya ingin mangsa isu ini untuk terus membuat aduan jika mereka melaluinya.

"Saya sedar apa kesan kes ini akan meninggalkan dan saya berharap yang ini tidak akan berlaku kepada pengadil lain.

Kenyataan FA yang disiasat oleh QC David Waters menyatakan yang aduan Ramires tidak mempunyai bukti yang kukuh.

FA juga telah menambah yang: "Bukti oleh saksi lain ternyata memberi pandangan yang bercanggah.
"Setelah mengambil kira siasatan kami, FA membuat keputusan yang Encik Clattenburg tidak perlu meneruskan kes ini.

Mikel kini akan dihukum oleh FA setelah menggunakan kata-kata yang kasar - sesuatu yang melanggar peraturan FA E3 - setelah masuk ke dalam bilik pengadil setelah kekalahan 3-2 Chelsea kepada Manchester United di Stamford Bridge pada 28 Oktober.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger