1News Online:
Home » , , » Di Matteo Inginkan Lampard & Cole Bertahan

Di Matteo Inginkan Lampard & Cole Bertahan

Saturday, November 17, 2012 | 12:58 PM


London - Menjelang kontrak bakal tamat, Frank Lampard dan Ashley Cole ramai menjangkakan   mereka akan berpindah dari Chelsea. Pengurus Roberto Di Matteo berharap kedua-dua pemain seniornya itu bertahan.

Kontrak kerja Lampard dan Cole akan habis pada musim panas tahun depan. Lampard, 34 tahun, belum juga ditawarkan kontrak baru dan perkara ini membuatkannya berasa sedikit bimbang.

Hasilnya, pemain didikan West Ham ini menarik perhatian daripada kelab Liga Super China Guizhou Renhe yang mendakwa telah mengadakan pertemuan.

Sementara itu Cole menerima situasi yang berbeza. Chelsea sudah menawarkan pembaharuan kontrak selama setahun namun dia tidak puas dengan tawaran itu.

Perkara ini berpotensi membuka jalan bagi pertahanan kiri England itu untuk berpindah. Apalagi Cole diberitakan diminati oleh kelab kaya Perancis Paris St. Germain.

"Mereka tahu saya ingin mereka bermain. Mereka adalah pemain-pemain yang hebat yang selalu tampil di tahap tertinggi untuk kami. Saya melakukan segalanya untuk menjaga mereka agar tetap disini," ungkap Di Matteo.

"Sentiasa ada spekulasi tentang Frank. Ada khabar angin tentang dia yang akan berpindah ke MLS juga. Tapi saya tidak mengetahui perbualan dia dengan setiap orang."

"Saya harap kami menawarinya kontrak baru. Tapi jelas itu masalah di antara pemain dan kelab yang harus disepekati. Saya tidak mengetahui bagaimana perbincangan di antara kedua-duanya tapi jika ada keinginan dari kedua-dua belah pihak, Frank akan tetap bersama kami. Dia sudah hebat untuk kami selama lebih dari satu dekad, jadi akan bagus jika dia tetap disini hingga bersara. "

"Sedangkan untuk Ashley, saya tidak yakin dia boleh bercakap bahasa Perancis jadi saya tidak yakin dia akan pindah ke Paris," ujar Di Matteo.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger