1News Online:
Home » , , » Di Matteo sangkal khabar angin

Di Matteo sangkal khabar angin

Saturday, November 17, 2012 | 10:48 AM


LONDON - Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo dilaporkan cuba menyangkal spekulasi yang mendakwa prestasi skuad The Blues semakin merosot sejak akhir-akhir ini.


Begitupun, skuad kendalian jurulatih berusia 42 tahun itu perlu meraih tiga mata penuh pada berkunjung ke West Bromwich Albion pada aksi Liga Perdana England malam ini.
Kemenangan sangat penting bagi melonjakkan kembali kedudukan juara Eropah itu dalam saingan liga domestik musim ini.
Ketika tewas 2-3 kepada Manchester United di Stamford Bridge bulan lalu, Chelsea sedar kemenangan mampu membantu pasukan tersebut mengatasi skuad kendalian Alex Ferguson itu dengan kelebihan tujuh mata.
Bagaimanapun, kekalahan itu tidak hanya meletakkan Chelsea di tangga ke tiga liga tetapi turut kehilangan khidmat Branislav Ivanovic dan Fernando Torres yang dilayangkan kad merah.
Ketika ini, United unggul selaku pendahulu liga selepas mengumpul 27 mata diikuti Manchester City (25 mata) dan Chelsea (24 mata).
Kehilangan kapten, John Terry yang terpaksa direhatkan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan lutut ketika seri 1-1 dengan Liverpool, 11 November lalu dijangka memberi kesan di posisi pertahanan.
Bagaimanapun, Di Matteo tidak mahu menjadikan isu itu sebagai alasan kerana beliau masih mempunyai Gary Cahill dan David Luiz mengemudi benteng pertahanan.
Sementara itu, Luiz cuba mengalihkan perhatian apabila mendedahkan keinginan kelab untuk mendapatkan khidmat penyerang Atletico Madrid, Ramadel Falcao.
"Dia (Falcao) sangat sesuai dengan skuad kami. Kami pasti akan gembira (jika dia menandatangani kontrak) kerana Falcao sudah pasti akan menjadi pemain yang hebat untuk pasukan.
"Kehebatannya sukar untuk diramal. Dia seorang penyerang yang sangat hebat," kata Luiz. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger