1News Online:
Home » , , » Drogba ingin bermain untuk Chelsea

Drogba ingin bermain untuk Chelsea

Thursday, November 22, 2012 | 1:35 PM


Didier Drogba didakwa telah menujukan permintaan kepada Persatuan Akhbar Dunia untuk tampil kembali di Chelsea.

Ia dilaporkan setelah FIFA mengumumkan bahawa penyerang Shanghai Sehunghua itu telah membuat aduan untuk menyertai pasukan lain sebagai pemain pinjaman dalam musim permindahan.

Badan induk bola sepak dunia itu turut menyatakan bahawa ia merupakan sebuah permintaan oleh wira dari pasukan juara Liga Juara-Juara pada musim lalu pada hari yang sama pengurus Roberto Di Matteo dipecat oleh pasukan Blues.

FIFA telah memberitahu Persatuan Akhbar Sukan: "Kami boleh mengesahkan bahawa pemain, Didier Drogba, telah mengemukakan permintaan untuk dibenarkan untuk menyertai pasukan lain sebagai pemain pinjaman."

"Kami sedang meneliti permintaan beliau."

Drogba yang telah meninggalkan Chelsea setelah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara akhir. sedang mempertimbangkan untuk berlatih bersama bekas pasukan dalam masa rehat musim Liga Super Cina, sesuatu yang Di Matteo mengalakkan sebelum pemergian beliau pagi ini.

Namun, permintaan Drogba untuk menyertai pasukan lain supaya mengekalkan tahap kecergasan sebelum Piala Afrika telah menimbulkan keraguan.

Fernando Torres tidak mampu menyerlah dan turut dikecualikan dalam kekalahan Liga Juara-Juara semalam kepada Juventus semlam.

Peraturan FIFA pada masa ini telah menghalang Drogba dari menyertai pasukan lain hingga 1 Januari.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger