1News Online:
Home » » Dunia - Pekan Kecil Di Jepun Nak Lelong Namanya Kepada Pembida Tertinggi Untuk Kumpul Dana Bayar Hutang

Dunia - Pekan Kecil Di Jepun Nak Lelong Namanya Kepada Pembida Tertinggi Untuk Kumpul Dana Bayar Hutang

Friday, November 2, 2012 | 1:49 AM


TOKYO: Sebuah pekan berhampiran dengan Osaka bernama Izumisano membuat tawaran untuk menamakan pekan itu kepada pembida tertinggi sebagai salah satu cara untuk melangsaikan hutang.
Pekan Izumisano kini berhutang dengan pelbagai pihak sejumlah 100 bilion yen (AS$1.25 bilion) sambil menyalahkan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai sebagai punca bebanan hutang yang menimbun.
"Pekan ini telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak membina jalan-jalan baru dan lain-lain kemudahan awam sebagai sokongan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kanzai yang dibina berhampiran dengannya," kata seorang pegawai majlis perbandaran yang enggan mendedahkan namanya.
Dan datuk bandar Izumisano percaya kerajaan tempatan perlu mencari cara baru untuk mengumpulkan dana.
Izumisano, sebelum ini hanya dikenali sebagai pekan pembuat tuala sebelum wujudnya Kanzai kini sedang mencari pelabur yang bersedia mengepam wang tunai sekurang-kurangnya satu bilion yen.
Pembida yang berhasrat untuk menyertai pembidaan itu perlu bersedia menandatangani perjanjian kontrak selama 10 tahun dengan kerajaan tempatan dan memindahkan ibu pejabat mereka ke Izumisano seandainya berjaya.
Izumisano memilik penduduk berjumlah 103,000 orang.
Sebelum ini pada tahun 2007, sebuah pekan kecil di wilayah Utara bernama Yubari telah diisytiharkan bankrup setelah menanggung hutang berjumlah 63.2 bilion yen.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger