1News Online:
Home » » Dunia - Pelbagai Cara Dilakukan Penumpang Terkandas Untuk Terus Perjalanan

Dunia - Pelbagai Cara Dilakukan Penumpang Terkandas Untuk Terus Perjalanan

Friday, November 2, 2012 | 1:50 AM


NEW YORK: Pelbagai cara dibuat oleh penumpang terkandas di lapangan terbang untuk mendapat penerbangan seawal yang mungkin pulang ke destinasi masing-masing.
Tinjauan Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK)mendapati mereka sanggup tidur di lapangan terbang dalam cuaca sejuk hanya untukmembolehkan mereka berada di barisan hadapan kaunter syarikat penerbanganmenunggu sekiranya nasib mereka baik dapat meneruskan perjalanan pulang.
"Saya dan suami terpaksa menunggu di lapangan terbang kerana tidak mengetahui apa nasib kami, selepas cuba menghubungi syarikat penerbangan gagal,penjadualan semula penerbangan kami, secara online tidak berhasil," kata wartawan hiburan Berita Harian Hanisah Selamat, 38, yang berada di New York sejak 21 Oktober lalu kerana tugasan rasmi, kepada Bernama, semalam.
Beliau dan suaminya Zulkarnain Abdul Rahman, 38, keluar daripada hotelpenginapan mereka di Upper Westside, Pulau Manhattan, selepas percubaan merekamenghubungi syarikat penerbangan gagal sejak Sabtu lepas.
Mereka sepatutnya berlepas pulang ke tanah air pada Selasa lepas dengan penerbangan Emirates Airlines dari lapangan terbang JFK ke Kuala Lumpur.
"Kami memberanikan diri mengharungi angin kuat pada hari Ahad, untuk ke pejabat penerbangan itu di 59th Street, yang terletak di tengah-tengah Pulau Manhattan, untuk mendapatkan pengesahan status tiket selepas panggilan dan e-mel tidak berbalas. "Kami berbuat demikian selepas menonton siaran berita televisyen mengenaipembatalan lebih 8,000 penerbangan masuk dan keluar ke New York," katanya.
Beliau berkata cubaannya itu bagaimanapun gagal selepas dimaklumkan pejabat ditutup sehingga Selasa oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan.
"Kami balik ke hotel selepas meredah angin kuat dan hanya duduk di dalam bilik hotel sambil mengikuti perkembangan taufan Sandy.
Tekad untuk mencuba nasib, saya dan suami mengambil teksi ke lapangan terbang pada Selasa, walaupun terpaksa membayar dua kali ganda harga perjalanan biasa.
"Malangannya syarikat penerbangan tidak dapat memberi sebarang pengesahan kerana mereka sendiri masih menunggu jawapan daripada pihak berkuasa New York dan pengurusan syarikat penerbangan itu di Dubai," kata ibu kepada tiga oranganak itu.
Bukan mereka sahaja yang mencuba nasib dengan pergi ke lapangan terbang, sebaliknya beratus lagi yang berbuat demikian dan turut dimarahi pengawalkeselamatan yang bertugas di lapangan terbang JFK.
"Kami mengambil keputusan bermalam di lapangan terbang semata-mata tidakmahu terlepas berada di barisan hadapan kaunter syarikat penerbangan walaupunmasih lagi tidak mengetahui bila kaunter itu akan dibuka.
"Mujur ada wakil pengurusan lapangan terbangan yang membantu denganmengagihkan keperluan selimut, bantal dan air serta katil lipat kepada semuapenumpang yang terkandas di lapangan terbang itu kerana cuaca yang sangat sejuk.
"Saya rasa sungguh terharu sebab ada pihak yang prihatin tentang nasib kamiini," katanya.
Beliau yang sudah 12 tahun berkhidmat dengan akhbar itu berkata kunjungan ke New York adalah yang pertama baginya untuk membuat liputan pelancaran rekaanterbaharu gedung pakaian H&M di Wall Street.
Hampir 50 wakil media dari seluruh dunia dijemput untuk majlis pelancaranitu.
"Kami bersama ratusan penumpang yang terkandas mempunyai pilihan sangatterhad kerana tidak dapat ke mana-mana, sistem pengangkutan transit yang lumpuh,kedai makanan yang tidak banyak beroperasi, ketiadaan perkhidmatan internet dantelefon awam yang rosak," katanya.
Dengan bantuan rakan setugas di Kuala Lumpur, yang mengenali seorang rakyatMalaysia yang bermastautin di bandar raya ini, kami berhubung dengannya, danbeliau menjemput kami bermalam di rumahnya serta turut membantu menghubungipegawai syarikat penerbangan yang beliau kenali untuk mendapat kepastianberhubung tiket kami.
"Walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama berhadapan taufan danterkandas, bagi saya pengalaman ini cukup berharga. Sebagai wartawan, sayaberpeluang merasai sendiri situasi genting sebelum dan selepas bencana menakutkan ini.
"Pada masa sama saya melihat bagaimana pihak berkuasa tempatan bandar rayamaju ini melakukan persediaan awal bagi mengurangkan risiko kemusnahan hartabenda dan membahayakan nyawa dengan memberikan amaran awal kepada seluruhwarganya beberapa hari sebelum taufan," katanya.
Beliau kini bermalam di rumah kawannya kerana semua bilik hotel sudah penuhdan dijangka berlepas pulang pada 4 Nov.BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger