1News Online:
Home » » Dunia - Pengangguran Di Singapura Kekal Rendah Di Sebalik Kebimbangan Pertumbuhan Perlahan

Dunia - Pengangguran Di Singapura Kekal Rendah Di Sebalik Kebimbangan Pertumbuhan Perlahan

Thursday, November 1, 2012 | 1:32 AM

SINGAPURA: Penawaran kerja menyederhana dan pemberhentian pekerja meningkat selepas merosot dalam dua suku sebelumnya.
Pengangguran kekal rendah, mencerminkan permintaan tenaga kerja yang kukuh di celah-celah kawalan ketat dalam tenaga kerja asing.
Ini adalah antara hasil awal penemuan laporan "Employment Situation, Third Quarter 2012" yang dikeluarkan oleh Kementerian Penyelidikan Tenaga Kerja dan Jabatan Perangkaan/Statistik hari ini.
Menurut laporan itu, pertumbuhan pekerjaan menyederhana dalam suku ketiga 2012, selepas meningkat pada suku sebelumnya.
Anggaran awal menunjukkan yang jumlah pekerjaan berkembang sebanyak 24,900 dalam suku ketiga 2012, lebih rendah berbanding peningkatan 31,900, dalam tempoh yang sama tahun lepas dan 31,700 dalam suku kedua 2012.
Pertumbuhan dalam pekerjaan perlahan dalam perkhidmatan daripada 21,200 dalam suku ketiga 2011 kepada 11,300 dalam suku ketiga 2012 dan pembuatan daripada 3,900 kepada 3,700. - BERNAMA

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger