1News Online:
Home » » Dunia - Tanzania Rampas Gading Gajah RM3.047 Juta Cuba Diseludup

Dunia - Tanzania Rampas Gading Gajah RM3.047 Juta Cuba Diseludup

Thursday, November 1, 2012 | 1:29 AM


ARUSHA, Tanzania: Polis Tanzania merampas lebih 200 keping gading gajah bernilai kira-kira AS$1 juta (RM3.047 juta) yang cuba diseludup, kata pegawainya pada Rabu.
Empat individu turut ditahan apabila 214 keping gading dirampas pada Rabu dari rumah seorang rakyat Kenya yang tinggal di bandar ekonomi Tanzania, Dar es Salaam.
Polis berkata, dipercayai gading itu daripada gajah di Tanzania dan penyeludup merancang untuk mengambilnya melalui jalan raya ke Kenya.
“Kami meneruskan siasatan kami untuk menghapuskan rangkaian penyeludupan,” kata Ketua Polis Dar es Salaam, Suleiman Koya.
Perdagangan haram bagi gading didorong oleh permintaan di Asia dan Timur Tengah di mana gading gajah dan tanduk badak digunakan untuk membuat perhiasan dan bahan dalam ubat-ubatan tradisional.
Afrika merupakan rumah bagi 472,000 gajah yang hidupnya terancam oleh pemburuan dan perdagangan haram, serta dengan peningkatan penduduk yang menyebabkan haiwan itu kehilangan habitat. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger