1News Online:
Home » » Dunia - Taufan Sandy: Hospital Di New York Lakukan Pemindahan Pesakit

Dunia - Taufan Sandy: Hospital Di New York Lakukan Pemindahan Pesakit

Thursday, November 1, 2012 | 1:30 AM


NEW YORK: Mengembalikan memori taufan Katrina, seramai 300 pesakit dipindahkan dari tingkat ke tingkat dari sebuah hospital utama yang ketiadaan bekalan elektrik berikutan taufan Sandy.
Anggota penyelamat dan kakitangan di Pusat Perubatan Universiti Langone New York, melakukan pemindahan antara 10 hingga 15 kali menerusi tangga dalam kegelapan, yang memulakan misi sejak malam Isnin dan menyelesaikannya selepas 15 jam.
Antara yang mula dipindahkan ialah 20 bayi di unit jagaan rapi kelahiran, di mana sebahagiannya menggunakan alat bantuan pernafasan dengan kuasa bateri.
“Semua di sini adalah wira,” kata Dr. Bernard Birnbaum, naib presiden kanan di Hospital Tisch. “Terima kasih, terima kasih, terima kasih," katanya.
Lebih 24 ambulans dari sekitar bandar raya berbaris di sekitar kawasan lower Manhanttan dekat dengan East River bagi memindahkan mereka yang sakit ke Hospital Mount Sinai, Pusat Kanser Memorial Sloan-Kettering, Hospital St. Luke, Pusat Perubatan New York Presbyterian/Weill Cornel dan Hospital Long Island Jewish. - AP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger