1News Online:
Home » , , » Dzeko mesti bersabar

Dzeko mesti bersabar

Tuesday, November 13, 2012 | 10:33 AM


David Platt menyatakan bahawa Edin Dzeko harus menghargai tempat beliau dalam skuad di Manchester City di mana ia amat sukar untuk bermain.

Dzeko telah mengukuhkan reputasi sebagai seorang pemain gantian yang hebat setelah disaksikan kerap diturunkan untuk menjaringkan gol kemenangan, yang terbaru dalam kemenangan 2-1 menentang Tottenham pada hari Ahad.
Pemain Bosnia itu juga telah mendedahkan impian beliau untuk disertakan dalam pasukan utama dan tidak berpuas hati dengan tempat beliau di bangku simpanan.
Pengurus City Platt mengakui bahawa beliau menghargai sumbangan Dzeko untuk pasukan dan memahami perasaan pemain itu yang ternyata berhak mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan setelah beliau menjaringkan enam gol dalam liga musim ini. Namun, beliau mengharapkan bahawa penyerang itu memahami bahawa beliau akan diberikan peluang pada masa yang tepat.
Beliau berkata: "Kami hanya boleh memilih 11 pemain dan meletakkan pemain-pemain yang lain di bangku simpanan. Ia sememangnya cara dalam setiap pasukan.
"Kami mempunyai ramai pemain yang ingin bermain dalam setiap perlawanan Liga Perdana dan kami hanya mampu menyertakan 22 pemain. Edin adalah salah satu pemain yang boleh diturunkan untuk bermain atau kekal sebagai seorang pemain gantian. Beliau mempunyai peluang untuk diturunkan atau dikecualikan dari permainan.
"Kami sedar bahawa beliau adalah seorang ancaman kepada pasukan lawan dan mampu menyemarakkan semangat dalam pasukan. Beliau telah banyak menjaringkan gol pada musim ini. Beliau amat dihargai dalam skuad di mana kami akan selalu membuat perubahan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger