1News Online:
Home » , , » EPL: Mancini kecewa prestasi City

EPL: Mancini kecewa prestasi City

Sunday, November 4, 2012 | 8:47 PM


PENGURUS Manchester City,  Roberto Mancini menyifatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan West Ham United bukanlah satu hasil yang baik.

Sebaliknya, beliau kecewa apabila peluang yang terhidang gagal dilaksanakan oleh pemain khususnya penyerang mereka, Mario Balotelli.

"Saya fikir seorang pemain seperti Balotelli, apabila dia mendapat peluang seperti itu, dia sepatutnya dapat menjaringkan.

"Tapi sebaliknya yang berlaku, dan ia jelas ini bukan keputusan yang baik. Bila anda miliki 65% bola, 22 cubaan, anda berhak menang," kata Mancini.

Dalam saingan semalam, City gagal meraih tiga mata penuh apabila sekadar berkongsi satu mata setelah terikat seri tanpa jaringan dengan West Ham United.

Kegagalan itu membuatkan City kekal di tangga ketiga dengan meraih 22 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.

Mancini yang membawa masuk Balotelli selepas 69 minit perlawanan berkata: "Bila anda seorang pemain utama, jika anda mempunyai peluang, anda sepatutnya menjaringkan gol."

"Tetapi saya tidak tahu kenapa dia tidak mahu menjaringkan gol," jelas beliau.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah beliau berpuas hati dengan keputusan semalam, Mancini terus menjawab: "Tidak tidak, ia bukan hasil yang baik."

"Bagaimanapun, saya gembira dengan prestasi pemain kerana mereka telah bermain dengan baik.

"Saya cuma sedih dengan peluang-peluang yang gagal disudahkan," katanya lagi.

Sementara itu, Pengurus West Ham, Sam Allardyce pula melahirkan kegembiraan setelah melihat kesungguhan anak buanya menyekat kemaraan City.

"Saya betul-betul gembira. Saya rasa prestasi kami dari awal hingga akhir adalah sangat baik sekali," kata Allardyce.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger