1News Online:
Home » , , » Evra: RVP seperti Van Nistelrooy

Evra: RVP seperti Van Nistelrooy

Monday, November 5, 2012 | 4:40 PM


Pemain pertahanan Manchester United Patrice Evra yakin bahawa Robin Van Persie bakal meningkat sepadan bekas rakan sepasukan, Ruud Van Nistelrooy.

Van Persie telah menjaringkan sepuluh gol dalam kesemua perlawanan pasukan Red Devils dengan sumbangan terbaru dalam perlawanan menentang bekas pasukan Arsenal pada hujung minggu. Penyerang Belanda itu telah memberikan tendangan jauh dari luar kotak setelah dibenarkan ruang oleh Thomas Vermaelen. United turut meraih kemenangan 2-1 diikuti sumbangan oleh Patrice Evra dan Santi Cazorla.
Namun, penyerang itu masih mempunyai perjalanan yang jauh sebelum beliau dapat meraih percapaian yang sama oleh Ruud Van Nistelrooy di Old Trafford. Van Nistelrooy telah menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan Liga Perdana dan telah mengancam benteng pertahanan pasukan lawan dengan kebolehan beliau untuk mengelak perangkap ofsaid dan tandukan hebat.
Van Nistelrooy telah menolong United untuk meraih kejohanan Liga Perdana dan Piala FA sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 2006. Beliau juga pernah bermain untuk Hamburg dan Malaga sebelum mengumumkan persaraan beliau pada bulan Mei.
Evra yakin bahawa Van Persie mampu sepadan dengan bekas pemain United itu untuk mencatatkan nama dalam sejarah pasukan.
"Ramai orang sedar bahawa Robin adalah seorang pemain yang cekap akal. Beliau seadainya sudah lama bermain untuk pasukan dan telah mengingatkan saya tentang Ruud van Nistelrooy," Evra berkata kepada Daily Mail.
"Saya mengharapakan bahawa beliau akan kerap berjuang kerana beliau mampu menjadi pemain terbaik seperti Ruud. Mereka adalah pemain Belanda dan mempunyai sama gaya apabila diberikan bola. (Robin) telah bermula dengan baik pada musim ini."
Kededua Evra dan Rio Ferdinand turut kagum dengan adab beliau dalam perlawanan menentang bekas pasukan pada hari Sabtu.
"Ramai orang tahu betapa hebat beliau di pasukan Arsenal dan ia bukan mudah untuk menentang bekas pasukan," Evra menyatakan.
Ferdinand juga menambah: "Ia hebat untuk melihat Robin mencatatkan nama dalam senarai penjaring gol. Beliau merupakan penjaring gol secara semulajadi dan saya mengharapkan beliau akan berjuang dalam perlawanan akan datang. Beliau telah menghormati bekas pasukan dan para penyokong dengan tidak melakukan sambutan."
Van Persie mampu menambahkan jaringan gol beliau apabila United bertemu Braga dalam saingan Liga Juara-Juara pada hari Rabu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger