1News Online:
Home » , » F1 GP Abu Dhabi: Kimi Raikkonen Kejuaraan Pertama Musim Ini

F1 GP Abu Dhabi: Kimi Raikkonen Kejuaraan Pertama Musim Ini

Monday, November 5, 2012 | 12:57 AM


BU DHABI: Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen memenangi kejuaran lumba kereta F1, Abu Dhabi pada Ahad.
Tempat kedua diraih pemandu Ferrari, Fernando Alonsi dan Sebastian Vettel berjaya mendapat tempat ketiga selepas bermula daripada petak belakang pada awal perlumbaan.
Vettel yang juga pemandu pasukan Red Bull dijangka bakal menjadi juara dunia paling muda kini dengan 10 mata dihadapan Alonso dengan berbaki dua lagi perlumbaan.
Raikkonnen meraih kejuaraan pertamanya pada musim ini selepas kali terakhir melakukannya pada GP Belgium pada 2009 ketika bersama beliau bersama pasukan Ferrari.
Kejayaan Raikkonnen itu membolehkan pasukan Lotus berjaya meraih podium pertama selepas kali terakhir Ayrton Sena melakukannya pada perlumbaan Amerika Syarikat, 1987.
Pemandu Finland yang juga bekas juara dunia pada 2007 kini mengumpul 198 mata.
Sementara itu, Lewis Hamilton yang bermula dipetak hadapan ketinggalan selepas dia dipintas pada pusingan ke-20.
Bukan itu sahaja, turut berlaku kemalangan yang menakuatkan antara Nico Rosberg daripada pasukan Mercedes dan Narain Karthikeyan Hispania.
Kereta yang dipandu Rosberg hilang kawalan dan melanggar kereta Karthikeyan hingga menyebabkan keretanya terpelanting dan melanggar penghadang jalan pada pusing ke-9 daripada 55 pusingan.
Bagaimanapun kedua-dua pelumba tidak mengalami sebarang kecederaan dan perlumbaan turut dihentikan seketika bagi membolehkan kereta keselamatan masuk semula di Litar Yas Marina.
Karthikeyan, 35, dilihat memperlahankan kenderaannya namun ia tidak disedari oleh Roseberg,27, yang tidak dapat mengelak daripada melanggarnya. -AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger