1News Online:
Home » , , » Fergie: Serangan kami sangat hebat

Fergie: Serangan kami sangat hebat

Saturday, November 3, 2012 | 12:23 PM


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson merasakan beliau mempunyai serangan yang sungguh hebat selepas ketibaan Robin van Persie di Old Trafford.

Van Persie, yang akan menghadapi bekas pasukannya Arsenal buat kali pertama hujung minggu ini selepas berpindah ke United, telah memulakan kerjaya Old Trafford beliau dengan cemerlang.
Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol di 12 penampilan dan juga telah menunjukkan persefahaman yang baik bersama para penyerang Wayne Rooney, Javier Hernandez dan Danny Welbeck.
Dan Fergie merasakan empat penyerang itu boleh dibandingkan dengan bekas penyarang-penyerang United di musim 1999-2000 - Teddy Sheringham, Andy Cole, Dwight Yorke dan Ole Gunnar Solskjaer - yang telah menjaringkan 97 gol.
Ferguson berkata: "Itu adalah benteng serangan yang sangat hebat. Setiap kali mereka (penyerang-penyerang 1999-2000) bermain, mereka memberikan banyak sumbangan kepada pasukan.
"Buat masa ini dengan pasukan sekarang, dengan penyerang-penyerang yang kami mempunyai, saya boleh melihat persamaan dari segi ancaman di bahagian serangan.
"Saya tidak rasa kami boleh menjaringkan lebih daripada 90 gol tetapi kami sangat mengancam di bahagian serangan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger