1News Online:
Home » , , » Fergie tuntut lebih usaha

Fergie tuntut lebih usaha

Thursday, November 15, 2012 | 5:57 PM


Pemain Mancester United Wayne Rooney telah memberikan kredit kepada pengurus Sir Alex Ferguson untuk usaha beliau mengekalkan prestasi mantap pasukan.

Pasukan Red Devils berjaya mengatasi Chelsea untuk mendapat tempat teratas Liga Perdana setelah kemenangan berturut-turut menentang Arsenal dan Aston Villa.
Walaupun Manchester United kekal sebagai salah satu pasukan kegemaran untuk memenangi trofi akhir musim ini, Rooney telah memberitahu Shortlist bahawa Ferguson sering menggesa pasukan untuk bekerja lebih kuat dalam perjuangan.
‘Kata-kata pengurus selalu berkaitan dengan usaha kuat. Ramai orang berjaya dalam bola sepak, kehidupan atau perniagaan kerana mereka telah berusaha sedaya upaya. Beliau selalu mengingatkan kami." Beliau berkongsi.
"Kualiti sudah tentu masih ada; kami adalah pasukan Manchester United. Namun, kami perlu berusaha untuk menang."
Mendekati tahun ke lapan beliau di Old Trafford, pemain England itu telah bermain bersama beberapa penyerang terbaik seperti Cristiano Ronaldo dan Ruud van Nisltelrooy. Namun, Rooney telah memilih pemain Perancis Louis Saha sebagai pemain kegemaran.
"Saya memilih Louis Saha kerana beliau merupakan seorang pemain yang hebat. Beliau cekap dan mempunyai kemampuan untuk mengukir peluang dalam perlawanan." Rooney berkata.
Manchester Unted akan berhijrah ke Carrow Road untuk menentang Norwich dalam perlawanan Liga Perdana hujung minggu ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger