1News Online:
Home » , » Ferguson Dan Wenger tidak puas hati

Ferguson Dan Wenger tidak puas hati

Wednesday, November 14, 2012 | 9:56 AM

PARIS: Beberapa perlawanan berprofil tinggi di Eropah berlangsung awal pagi esok namun aksi persahabatan itu hanya mengundang rasa tidak puas hati pengurusan kelab.

Perlawanan ulangan final Piala Dunia 2006 antara Perancis dan juara Itali, Jerman menentang musuh tradisi, Belanda dan England menentang Sweden yang dianggap ulangan pertemuan Euro 2012 yang dimenangi England 3-2 pasti menyajikan aksi hebat.

Bagaimanapun jadual perlawanan antarabangsa itu mendorong pengurus kelab menuntut alasan munasabah di sebalik penganjuran perlawanan persahabatan itu memandangkan ramai pemain mengalami kecederaan.
Antara pengurus yang lantang bersuara adalah pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan Alex Ferguson dari Manchester United yang berang dengan perlawanan persahabatan itu kerana menganggap ia tidak memberi faedah kepada persiapan kelayakan Piala Dunia 2014 memandangkan kempen kelayakan itu bersambung semula Mac depan.

“Bagi saya perlawanan persahabatan pada masa ini tidak memberi sebarang makna,” kata Ferguson.

Perkara utama yang membimbangkan Wenger adalah bintang tengahnya, Jack Wilshere yang dipanggil semula pengurus England, Roy Hodgson selepas hanya bermain tiga perlawanan sejak berehat selama 17 bulan akibat kecederaan.
“Dia sudah bermain tiga perlawanan dan daripada tiga perlawanan itu, hanya sekali dia bermain sepenuh masa. Dia tidak bermain selama 17 bulan dan bagi saya, lebih baik untuknya berehat selepas tiga perlawanan.” “Anda pasti faham apa yang saya fikirkan, ia masih terlalu awal untuknya,” tambah Wenger.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps hanya baru merasai pengalaman membimbing skuad era bola sepak moden selepas mengambil alih kerusi panas ditinggalkan Raimond Domenech dan Laurent Blanc yang memberitahu AFP bulan lalu mereka adalah generasi yang banyak memberi alasan.
Pengakuan beliau itu kemudian dikuatkan dengan kenyataan salah seorang pemain senior skuad itu menjelang perlawanan menentang Itali iaitu Franck Ribery.

“Selama enam tahun bersama kelab di Bayern Munich, saya gembira dan seronok. Kelab ini lebih penting bagi saya berbanding pasukan kebangsaan.” Kenyataan Ribery itu pastinya menyenangkan Wenger dan Ferguson. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger