1News Online:
Home » , , » Ferguson: Rafael membuktikan diri

Ferguson: Rafael membuktikan diri

Friday, November 30, 2012 | 11:03 AM


Pemain pertahanan Manchester United, Rafael bertekad untuk membuktikan diri dalam kesebelasan pasukan.

Rafael tiba di Old Trafford bersama kembar beliau, Fabio pada tahun 2008 sejak berusia 18 tahun apabila ditawarkan semasa bermain dalam pertandingan belia untuk pasukan Brazil, Fluminense oleh bekas pengarah akademi, Les Kershaw.
Beliau telah meningkat dalam musim pertama sehingga Sir Alex Ferguson turut menurunkan beliau dari bangku seimpanan untuk kekalahan Liga Jaura-Jaura kepada Barcelona di Rome.

Rafael telah menghadapi cabaran yang sukar untuk mengekalkan prestasi yang sama. Beliau dilayangkan kad merah dalam pertemuan Eropah bersama Bayern Munich yang turut menyebabkan kekalahan mereka dan setelah United mampu melayakkan diri ke perlawanan akhir setahun kemudian, ia adalah Fabio yang mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan.

Sejak itu, Rafael telah berusaha untuk mengukuhkan prestasi beliau dan cuba memperbaiki dalam permainan.

Beliau disaksikan sebagai seorang pemain yang telah meningkat dari pengalaman Olimpik bersama Brazil dan walaupun Fabio telah berpindah ke QPR sebagai pemain pinjaman pada musim panas ini, Rafael tetap cemerlang yang dipamerkan dalam kemenangan 1-0 mengatasi West Ham.

"Rafael telah menyertai pasukan pada umur 18 tahun dan telah melakukan banyak kesilapan," Sir Alex Ferguson berkata.

"Namun, kami telah menawar beliau untuk masa depan dan beliau kini tampil lebih matang."

Rakan sepasukan Jonny Evans bersetuju dengan kenyataan itu dan menyatakan bahawa pengurus baru Barzil, Luis Felipe Scolari patut memerhatikan pemain itu yang telah mewakili pasukan senior dan Olimpik yang berjaya mendapat pingat perak.

"Rafael amat menakjubkan sepanjang musim," pemain kebangsaan utara Ireland itu.

"Beliau diberikan tempat itu kerana tiada pemain yang beigtu mengancam untuk mengambil posisi itu namun semangat beliau di benteng pertahanan amat baik.

"Beliau patut mendapat lebih kredit. Semua orang ingat bahawa ia amat sukar untuk beliau setelah kembar berpindah ke lain namun beliau telah berjuang dan bekerja kuat.

"Beliau adalah salah seorang pemain pertahanan bek kakan paling terbaik di dunia."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger