1News Online:
Home » , , » Ferguson 'rindu' kelibat Ronaldo

Ferguson 'rindu' kelibat Ronaldo

Monday, November 19, 2012 | 10:59 AM


LONDON - Selepas melihat Manchester United mengalami kekalahan ketiganya musim ini dan hilang takhta Liga Perdana Inggeris, Alex Ferguson mengakui, alangkah baiknya jika dia boleh mendapatkan semula bintang sayap Portugal, Cristiano Ronaldo.

Semalam, Anthony Pilkington menanduk gol kemenangan Norwich untuk mengejutkan United 1-0 di Carrow Road, sekali gus menyaksikan anak-anak buah Ferguson jatuh ke tangga kedua liga, satu mata di belakang musuh berjiran dan juara bertahan, Manchester City yang membelasah Aston Villa 5-0.

"Mungkin ada peluang untuk Ronaldo meninggalkan Real, anda tidak tahu.

"Saya sentiasa mahu memikirkan bahawa dia akan kembali ke Old Trafford, tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku.

"Anda bercakap soal wang yang sangat besar, anda tidak tahu berapa nilainya sekarang, kami tidak mampu.

"Saya kerap bercakap dengannya. Dia sentiasa mendoakan kami berjaya dan memberitahu saya, kami akan menjadi pasukan pertama dalam radarnya (kalau dia meninggalkan Real),'' ujar Ferguson.

Ronaldo, 27, meninggalkan United untuk menyertai gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid menerusi perpindahan rekod dunia 80 juta pound (RM390 juta) pada 2009.

Baru-baru ini, bekas Pemain Terbaik Dunia itu menyatakan penghormatan terhadap Ferguson dengan mengakui, dia menganggap pengurus United itu seperti bapanya.

Semalam, United menerima tamparan dalam usaha untuk memburu kejuaraan liga ke-20 apabila tewas kepada Norwich tanpa kehadiran bintang penyerang England, Wayne Rooney yang cedera.

Sambil mengakui, Norwich berhak memenangi perlawanan tersebut kerana beraksi lebih baik daripada United, Ferguson turut menambah: "Anda akan sentiasa merindui pemain-pemain anda yang bagus, tetapi mereka berhak mengecapi apa yang mereka peroleh sekarang kerana mereka telah bekerja keras."

Ferguson juga mengakui kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan anak-anak buahnya di Carrow Road, selain memuji permainan Norwich yang mampu bertahan dengan baik.

Dia juga mengagumi jaringan Pilkington, bekas pemain remaja United dengan menyifatkannya sebagai satu tandukan yang menarik.

"Ia mengecewakan. Anda perlu memberi kredit kepada Norwich kerana mereka bertarung di seluruh padang, selain bertahan dengan sangat bagus. Penjaga gol mereka juga mengharungi malam yang amat menakjubkan.

"Ia adalah hantaran lintang yang cantik dan disambut dengan tandukan hebat, tiada apa yang boleh dilakukan oleh penjaga gol kami untuk menghalangnya. Mereka berhak menang kerana mereka telah bekerja dengan keras.

"Kami mengawal permainan, ada satu atau dua peluang tetapi bukan peluang yang benar-benar padu. Ia bukan malam kami,'' kata Ferguson lagi. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 19, 2012 at 12:55 PM

Get back ronaldo,like your skill

january transfer 2013

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger